Kerana Aku Ingin Terbang Semula

Kerana Aku Ingin Terbang Semula


Sudah jauh derap langkah diatur,
Disana kulihat cahaya sinar dihujungnya,
Namun, jaraknya entah berapa,


Aku ingin terbang semula,
terbang untuk melihat dunia,
terbang untuk ku tabur jasa,
kepada semua tanpa ada kasta,

Ku ingin terbang semula,
untuk melunaskan impian yang belum terlaksana,
agar tidak menjadi angan-angan orang terlena,
tapi ia menjadi sebuah cita-cita.

Ku ingin terbang semula,
walau sayap berkecai dipukul peristiwa,
akan kugagahkan jua,
bersama mereka yang mahu menghargainya.

Ku ingin terbang semula,
agar lebih tinggi dari awan hitam,
yang telah menjadikan hidupku kelam,
kerana telah terlalu lama aku tenggelam

Ku ingin terbang semula,
keluar dari harapan-harapan manusia,
yang sentiasa mahu aku mengikut mereka,
kerana hanya aku dapat menjadikannya nyata,

Ku ingin terbang semula,
Terbang bersama cita-cita,
Sinar itu sudah terang cahayanya,
Hanya tunggu untuk dilaksana,
Oleh diriku sendiri dan bukannya sesiapa,
masuklah ke syurga dunia,
yang tidak ada siapa mampu merampasnya,
didalam hati mahligai itu terbina.

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??