Selamat Ulang tahun perkahwinan Ummi dan Abah tersayang!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi



Salam sayang untuk Ummi dan Abah.
Yang dah mendidik adi sampai berjaya ada di Universiti.
tak pernah jemu dalam mendidik diri ni,
Nak membalas jasa, bimbang tidak mampu,
sebab terlalu banyak jasa ummi dan abah pada adi.

Dalam tak sedar,
dah 28 tahun ummi dan abah bersama,
sekarang, anak2 ummi dan abah dah besar2.
terima kasih sangat2..
mudah-mudahan kami dapat jadi anak yang soleh dan solehah untuk ummi dan abah.

nukilan diri untuk Ummi Abah
Mohon maaf atas segala kesilapan dalam bertindak
tertinggi suara ketika berbicara,
terlanjur dalam berkata,
Adi terlalu inginkan untuk jadi anak yang soleh,
tapi seringkali bertindak menderhaka atau melukakan,
Adi harap ummi dan abah akan sentiasa doakan adi.
Baik dari segi ibadah, akhlak dan urusan kehidupan.
mudah-mudahan adi akan jadi salah seorang orang yg dapat tenangkan hati ummi dan abah.








Ya Allah,
Sesungguhnya aku tak mampu untuk membalas jasa ummi dan abahku,
Kupohon agar, mereka diletakkan ditempat sebaik-baik tempat kembali,
syurga hakiki dan abadi.
Kuharapkan seperti kata Rasul-Mu,
Dimana, orang beriman akan dikumpulkan bersama orang yang disayangi.
Himpunkan kami disyurga abadi.
Allahumma Ameen.






Comments

Ummu Fauzan said…
Kamu mampu jd anak yang soleh.
Allahumma ameen..
Adi Wahab said…
Jazakillah khairan kathira..
Allahumma ameen..

Popular posts from this blog

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Ketika Musibah Menimpa