Sewaktu Cinta Mula Berputik..

Perentak Bicara : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Perasaan cinta sudah mula berputik,
Mungkin juga pada dirinya,
Ini namanya, fitrah kehidupan manusia.
Bagaimana diri mengendalikannya.


Seorang lelaki,
pasti menginginkan seorang wanita menjadi srikandi.
Wanita pula,
impikan lelaki yang selalu menyayangi dan memahami.
yang boleh jadi pemujuk bila kita berduka,
pemberi semangat, disaat lemah tidak berdaya,
"Pemangkin" kerajinan disaat kemalasan.
dan macam2 lagi la alasan yg akan diberikan.
Situasi ini akan buatkan kita terdorong untuk kita mencari cinta.


Fitrah manusia inginkan percintaan,
Islam tidak mematikan fitrah,
tapi cara bagaimana mengendalikan fitrah..

artikel sebelum ni,
dibawakan symtoms2 perasaan cinta yg sudah berputik,
hah, perasaan dah ada,
nak britahu dia ke tak ni?
nak beritahu, takut ditolak.
xnak beritahu.
melepas.

betul ke cara pandang diatas??
xpe2..nak bgi cdangan alternatif,
perasaan dah ada..
dah bersedia nak nikah belum ni?
kalau dah bersedia..jmpa la family dia..
kalau agak tidak bersedia..
apa kata.kawal perasaan tu dulu.

pastu..satg terlepas camne?
dia cantik, comel, baik, ceria!!
bukan senang nak cari..
haish..masalah juga ni..

tak perlu bimbang,
perbaiki diri, dan berdoa pada Allah..
insyaAllah..boleh dpt.

Tapi kalau x dapat jugak???
haaa..camne??
kalau xdapat camtu,
ingat pesanan ni..
Allah tidak akan berikan semua yang kita mahu,
Tapi Allah akan kurniakan perkara yg kita perlu.

Dua benda yg berbeza,
sebbnya, kadang2 kita mahu x semestinya membawa kebahgian.
kadang2 ia akan sbbkan kita mengeluh.
tapi Allah berikan apa yg kita perlu.
sbbnya, pada pandangn kita skrg,
perkara itu bagai x penting langsung.
namun ia amat beguna utk kita utk hadapi fasa kehidupan seterusnya.

jadi xperlu bimbang.
Belajar utk mengikut apa yg Allah dan Rasul tetapkan.
insyaAllah..bahagia kehidupan,

mungkin,
kekurangannya skrg akan menjadi hikmah dimasa depan,
mungkin juga,
kelebihan dia skrg akan menjadi bencana pada kita dimasa depan.


Berbalik pada cinta yang dah berputik ni,
Islam dah ada tunjukkn kita jalan untuk menikmati cinta,
seronoknya hidup dengan Islam,
semuanya ada telah ditunjukkan.
tunggu nak amal jek.

Nikah..
pernikahan akan menghalalkan percintaan kita.
sebelum pernikahan,
bermesra dgn org yg kita cinta(kekasih),
tidak halal, dan haram.
tapi selepas nikah,
perkara yg sama,
akan diberi ganjaran oleh Allah.
Indahnya Islam.
dah la ada guidance,
kalau ikut, dpt pahala lak lagi.

Kami nak nikah,
tapi keluarga halang.
camne pulak?
untuk persoalan ini...
saya tangguhkan dulu.
dan akn diletakkan dalam artikel yg lain..

untuk pengakhirannya,
apa yg nak ditekan adalah,(skadar pengulangan)
Islam tidak membunuh fitrah,
tetapi mengajar bagaimana mnguruskan fitrah.


Fikir-fikir tentang cinta,
Kita akan tersenyum gembira,
Salah cara mengundang bencana,
Jika tepat, beroleh pahala,
Mudah-mudahan pengakhirannya, SYURGA!

Comments

TSDNAN said…
Subhanallah,anda seorang yang sgt berbakat..
puisi yang menarik dan indahnya kehidupan...berlandaskan islam..

Tahniah..
Adi Wahab said…
Jazakillah khairan ya ukhti...apa kurangnya kamu..
CKB said…
i like!

=)

nk pnjam artikel ni post kt blog leh x encik macho?
hehe
Adi Wahab said…
Cik Yumi -- boleh sila2...hope dpt statekan penulis asalnye..:)

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??