Kalau Tuhan Maha Baik, Kenapa Dia Jadikan Neraka

Oleh : Amin Fadzlan
Editor : Abu Faris Audah Abdul Hadi

Mengharungi jalan dakwah bukanlah semudah yang disangkakan. Kadangkala, kita perlu bijak dalam menangkis segala macam persoalan dari pelbagai gaya sampai dari manusia yang semakin "kreatif" dalam pertanyaan. Setiap satunya mereka inginkan pendetailan. Ada pula dikalangan mereka yang bertanya untuk mengenakan si ustaz yang menyampaikan dakwah.

Seandainya pendakwah tidak bijak dalam menangkis segala persoalan, dibimbangi mad'u (orang yang didakwah) itu akan menjauhi Islam dan persoalan itu akan dijadikan bahan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang seangkatan dengannya. Persoalan yang ditanya kadang-kadang kelihatan sangat asas dan ada juga yang bagai menyentuh persoalan aqidah.

Kita amat sayang pada semua saudara-saudara seagama dengan kita, pasti ada dihati agar kesemua kita dapat bertemu kembali disyurga yang sangat menyenangkan. Seandainya pada jiwa pegawai-pegawai agama terpahat, dakwah hanya sumber makanan bagiku. Mandullah gerakkan dakwah Islam disebabkan sikap sebegini. Kisah yang ingin dibawa ini berkaitan satu persoalan seorang muslimah yang mempersoalkan Maha Baik Allah.

Artikel asal dari Amin Fadzlan seperti dibawah :

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesamaumat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "


****Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri kearah yang lebih baik. Agar tidak tergolong dalam golongan yang Allah murka.

Comments

JK Promosi said…
Menarik... Jiwa Daie bijak menangkis tohmahan..
me_yana said…
cemane nk bg hujah yg terbaik ntuk mndidik umat Islam, hm entri yg sgt best..
Adi Wahab said…
akhi murtadha - betul tu..sekarang ni macam2 orang suka bertanya..unexpected..kadang2 ada yg bertanya, (non muslim), Muslim kata tak sembah patung..tapi sama saja sembah batu(yg nak dimaksudkan adalah ka'bah)..kena jawab dgn baik...bimbang boleh bawa fitnah pada Islam pula nnt..


yana - 1st skali, kita x boleh jawab dengan berhujahkan quran dan hadith..sbb orang2 camni, kdg2 diorg x layan benda ni..so,kita kena jawab berdasarkan kondisi diorg.cara yg lebih rasional dan sesuai dgn zaman tu. bila dia dah tertarik pada Islam..saat tu baru kita akan bawakan dia al-quran dan hadith.

**kalau utk non muslim, ada baiknya, kita bawa contoh dari diorg sendiri. mungkin itu lebih berkesan.(tp jgn menghina tuhan2 diorg, bimbang diorg akan hina Allah sedangkan diorg dalam keadaan jahil) dlm Al-quran ada sebut ttg ni.tp aku x igt ayat apa
Anonymous said…
Dalil dari Quran supaya jgn menghina Tuhan agama lain tu surah al-An'am 6:108 : " Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan."

Untuk dakwah non muslim,sebagai langkah pertama kita cuba approach dgn cara mencari titik persamaan dlm perbezaan agama.

Embrace Diversity,Discover Common Ground and Work Together for Peace.
Wallahu'alam.

-Ummu Muhaymin-
Adi Wahab said…
Jazakillah khair ya ummu muhaymin..barakallahufik..

erm,betul tu.cari titik persamaan.tp abu faris x cekap sangat berkaitan perbandingan agama.huhu..kurang mendedahkan diri kearah tu..huhu..

seandainya ada cadangan@info apa2(especially berkaitan perbandingan agama.kongsi ye.)
Fadhilah said…
salam..
sgt tertarik cra ustaz 2 berkata2..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Hadith Dhaif Rasulullah Sentuh Aisyah ketika solat??