Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Friday, August 7, 2009

Nukilan teristimewa buat Ummi dan Abah ku...

Assalamualaikum..


Nukilan kali ini khas untuk Ummi dan Abah adi yg adi cinta..

Insan yang dah banyak mengajar adi untuk jadi insan berguna sampai saat ni..



Salam sayang untuk Ummi dan Abah ku,

Yang mendidik diriku tak pernah jemu,

Halalkan makan minumku,

Maafkan salah silapku,

Kuharapkan restu darimu,

Agar berkat langkahku untuk maju.


Adi banyak buat salah pada Ummi dengan Abah,

Dalam keadaan sedar atau tidak sedar,

Pengorbanan Ummi dengan Abah tetap tersemat dihati Adi..

Sentiasa bersama Adi bila susah atau senang.

Walaupun Adi banyak buat salah pada Ummi dengan Abah,

Tapi itu tak menghalang utk Ummi dengan Abah utk terus bantu Adi.


Doakan Adi jadi anak yang soleh,

Anak yg menjadi harta berharga utk ibu ayahnya,

Doa Adi untuk Ummi dan Abah,

Moga-moga kita semua akan bersama sampai di Syurga,


Terima kasih Ummi dan Abah..


Nukilan ini Adi tulis untuk menghargai jasa Ummi dan Abah Adi,

Adi sayang Ummi dengan Abah sentiasa,

Bukannya pada hari jadi atau hari ibu dan ayah saja,

Tapi sentiasa menyayangi.


Pada-Mu Allah,

Aku berdo’a,

Pada-Mu jua aku meminta,

Rahmati Ummi Abah ku tercinta,

Ampunilah dosa-dosa mereka,

Panjang umur,

Murahkan rezeki,

Sejahtera dalam ketaatan pada-Nya,

Moga berbahagia didunia,

Dan diakhirat beroleh Syurga.


Daku mengharap redha Ummi,

Juga redha darimu Abah,

Hanya itulah yang ku pinta,

Agar hidupku lebih bermakna.


(dipetik dari lagu Hijjaz dan diedit sedikit)



Allah dan Rasul cinta utama,

Ummi dan Abah cinta seterusnya,

Saudara seIslam kucinta jua,

Adi harap kita akan berhimpun di taman syurga.

Allahumma Ameen.

Utk sahabat2,


Semoga nukilan ni dapat memberi manfaat pada semua,

Didiklah diri dengan Iman dan Taqwa agar menjadi anak yang soleh/solehah,

Dengan Aqidah yang shahih dan kefahaman yg shahih,

Mudah-mudahan kita semua diangkat disisi Allah,

Menjadi harta berharga untuk ibu ayah.



Salam Mujahadah untuk diri dan semua.

www.tips-fb.com

0 Pendapat:

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates