Posts

KEMBALIKAN SINAR

Kian Hari Kian Suram, Semakin Hati Semakin Kelam, Sinaran yg terpancar,tiba-tiba terpadam, Penglihatanku skrg penuh Hitam! Hitam disekeliling, Dimana Aku? Kemana Arah tujuku? Aku inginkan Sinaran itu kembali, Ya Allah, Cerahkan Penglihatanku Semula, Kembalikan Sinar gemilang padaku, Aku bimbang, Aku takut, Aku tak mahu terus dalam kegelapan, Ya Rahim, Kembalikan Sinaran-Mu Padaku, Amin.. Nukilan, -Mujahidin Pro Tajdid-

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah, Aku Memohon pada-Mu, Jika dia diciptakan untukku, Peliharalah hubungan kami, HIndarkan kami dari melanggar batas syariat-Mu, Jadikan hati-hati kami, Sebagai taman mardhiah-Mu, Jika dia bukan milikku, Kau pisahkanlah kami, Asingkanlah hati-hati kami, Antara timur dan barat, Agar kami menjadi hamba-Mu yg bertaqwa, Ya Allah, Aku percaya pada janji-Mu, Lelaki Baik untuk wanita baik, Kau kurniakanlah yang terbaik buat kami, Hanya Engkaulah yang dapat membantu. Amin.. Nukilan, -Mujahidin Pro Tajdid-

Ku Ingin Kembali

Cinta Manusia, Manusia akan pergi, Cinta Bunga, Bunga pasti akan layu, Cinta harta, Harta pasti akan musnah, Cinta pada Ilahi, Itulah cinta hakiki yang kekal abadi, Jauhku mencari cinta, Tetapi semua menyakitkan, Apalah yang ada pada cinta di usia muda, Jika agama digadai, Diri dilumuri dengan fitnah wanita, Yakinlah wahai sahabat, Ia amat mensia-siakan, Ketika itu, Iman seolah-olah tercabut dari diri, Ya Allah,jauhkan aku dari perkara sebegini, Syaitan berbangga diri, Anak cucu Adam telah Berjaya dipesongkan, Meniti kehancuran demi kehancuran, Ya Allah, Aku hamba yang lemah, Jauhkan aku dari Ilmu yg tidak bermanfaat, Jauhkan aku dari Hati yg tidak khusyuk, Jauhkan aku dari Do’a yg tidak mustajab, Jauhkan aku dari Nafsu yg tidak terkawal, Ya Allah, Jauhkan aku dari Syak dan syirik, Akhlak buruk dan munafiq. Janganlah Engkau memesongkan hati-hati kami, Sesudah Engkau memberikan pada kami Petunjuk dan Hidayah Mu, Rugilah kami di Dunia dan di Akhirat, Jika hidup ini tidak disinari dengan ...

TERUSKAN BOIKOT DENMARK!!

Assalamu’alaikum Mesej dari sahabat kita mengenai kesan boikot keatas Denmark. Great news Hope you all know about the Denmark Newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret… let us make them regret for all time… The Denmark ambassador, prime minister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro's destruction. Dear brothers, please spread the news to all your friends you know in order to rise up our spirit and warning Denmark and other hostile nations towards Islam, we Muslim are united and not easy to break against any one who think to harm or insult Almighty's message peace be upon him. Believers do not let this message stop in your PC. سفير الدنمارك ورئيس الوزراء والقناة الدنماركية يسعون إلى ايقاف المقاطعة والتي وصلت الخسائر و...

TAUFAN KEHANCURAN UNTUK BN!!!

Keputusan Pilihan Raya telah p4n kita ketahui.. Satu kejutan telah dilakukan oleh rakyat malaysia.. Sebelum Pilihan Raya..Iklan-iklan di TV sering mewar-warkan bahawa Pembangkang adalah "The Worst Ever" Najib mengeluarkan kenyataan supaya jangan serang peribadi..Namun,selepas itu,beliau sendiri menyerang peribadi seseorang dalam kempennya.."CAKAP XSERUPA BIKIN"..orang yg diserang najib pula adalah seorang yg dikenali sbg Ulama.. seorang yg dihormati dan disegani iaitu Tok Guru Nik Aziz. Apabila keluar keputusan PRU di kelantan,hampir berguling saya ketawa.BN bagai di "BULI".BN pasti malu.. Mana tak nye..belum lagi mengundi dah nak lantik MB kelantan baru.AWANG ADEK.Tapi beliau sendiri tewas dgn Saudara Nasharudin Mat Esa.Seorang yg baru bertanding di kelantan,bertanding di kawasan "kubu Kuat" (kononnya)Awang Adek. Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor..Habis kesemuanya.3 negeri diluar jangkaan dapat ditawan.Ini menunjukkan "GELOMBANG TAJDID PEM...

Bicara Buat Yang Menang Dalam Merebut Jawatan

Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin rakyat. Anda akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti Allah akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini. Seperti biasa, setiap pagi Sabtu selepas solat Subuh dan memohon kekuatan daripada Allah, saya akan mengadap komputer untuk menulis ‘Pena Mufti’ bagi keluaran setiap Hari Ahad. Sabtu pada waktu artikel ini ditulis (semalam) saya begitu mengejar waktu. Maklumlah hari Pilihanraya Ke-12 negara kita. Tempat mengundi saya pula di Seberang Perai. Bukan di Perlis. Selepas tulisan ini disiapkan, saya akan bergegas ke sana. Untuk memilih calon yang paling berkualiti dari sudut kemampuan kepimpinan dan nilai peribadinya. Itulah pegangan saya. Bukan pakaian; serban atau songkok, atau jenis kereta; murah atau mahal...

Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentinga...