..:: Bukit Yang Curam ::..
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Bukit ini pasti sukar didaki Kebaikan dan gambar ini ada kaitannya.. Alahai kebaikan.. susah sungguh untuk nak dapatkan engkau.. sama saja macam mendaki bukit yang curam.. perjalanan ke puncak, susah dan renyah.. penat macam nak pengsan.. banyak betul halanganya.. batu2 lagi.. pasir yang bersedia untuk gelincirkan sapa saja yang leka.. susah...sangat susah.. tapi kita tetap akan dapat ke puncak.. andai kita berhati2... dan mendaki perlahan2..pasti berjaya.. berjaga-jaga supaya tidak jatuh ke bawah semula.. kadang2 mungkin kita akan tergelincir... tapi jangan sampai kita tergolek... Bila kita bersama yang lain.. rakan disekeliling.. yang diatas, hulurkanlah tangan pada yang dibawah.. mudah2an rakan yg dibawah, dapat bersama di paras yg sama.. jangan biarkan dia keseorangan mendaki.. aku bimbang dia terjatuh.. sebab dia sahabat kita.. sayang sahabat kerana Allah.. aku hulurkan tangan, untuk kita sama berada di puncak.. gambar hiasan.....