Kita kata "Teruknya Mereka Itu", tetapi......
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Manusia, mudah terpengaruh dengan suasana sekitar. Lebih padah lagi apabila pemikiran dan sikap mudah menghukum menyebabkan banyak perkara dalam kehidupan diri seseorang itu terdidik untuk menjadi negatif. Jangan mudah menghukum, sebelum tahu kebenarannya. PANDANGLAH MEREKA DARI SUDUT POSITIF, SEHINGGA KITA MENGETAHUI KEBENARANNYA. Kita tidak diajar untuk menghukum seseorang itu sebelum kita mengetahui kebenarannya. Kerana kebenaran itu mungkin pada mereka. 1. Kereta Merah Itu... Pagi Isnin... "Alamak, dah lewat ni. mesti sangkut punya. Waktu sekarang selalunya dah banyak kereta" mengelabah Awin bila melihat jam di dinding. Awin merupakan seorang staf di salah sebuah hospital dibandar. Tanpa membuang masa, dia meluru keluar untuk memecut laju keretanya. Seperti dijangka, jalan telah sesak dengan kereta yang tersusun panjang membentuk dua baris. "Argghh, tie pulak l...