Tutuplah Aib Saudaramu..
Pengulang Cetak : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Penulis: al-Ustadzah Ummu Ishaq al-Atsariyyah Editor: Ummu Sofiyyah Raja Nur Hidayah Sekadar peringatan buat diri dan sahabat2..Mudah-mudahan kita mampu menjaga aib diri dan saudara kita juga. Semuanya kerana, KITA ADALAH MUSLIM!! Saudariku muslimah… Bagi kebanyakan kaum wanita, ibu-ibu ataupun remaja puteri, mengumpat membicarakan aib, cacat, atau cela yang ada pada orang lain bukanlah perkara yang besar. Bahkan di mata mereka terasa remeh, ringan dan begitu mudah terpancul dari lisan. Seolah-olah percakapan tidak seronok bila tidak membicarakan kekurangan orang lain. “ Si Fulanah begini dan begitu …”. “ Si ‘Alanah orangnya suka ini dan itu …”. Ketika asyik membicarakan kekurangan orang lain seakan lupa dengan diri sendiri. Seolah diri sendiri sempurna tiada cacat dan cela. Ibarat kata pepatah, “ Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak .” Perbuatan seperti ini selain tidak patut/tidak baik menurut...