Wahai mujahid kecil, Tubuh yang kerdil, Mempunyai semangat pembedil. Ditusuk fitnah serta diugut, Terus melangkah tanpa takut, Seruan jihad tetap disahut, Walau diancam,nyawa dicabut. Engkau pejuang cilik, Tangkas bagai helang menyambar, Pantas bagai kuda berkejar, Garang bagai singa yang lapar, Segalanya kerna Allah Rabbul Akbar. Ingatlah wahai anakanda! Jangan leka pada syurga sementara, Jangan tergoda pada indahnya wanita, Cantik rupanya,tetapi fitnah bagi pemuda, Jangan hanyut dengan rakan sebaya, Jadilah qudwah pejuang agama, Segera sedar andai terlupa, Segera bangun andai terlena, Allah berjanji pasti dikota, Menang didunia,engkau bergembira, Seandai ikhlas tidak dinoda, Gugur syahid, pasti ke syurga. Wahai pejuang dinanti, Anakanda abi, permata umi, Harapan pada ummah masa kini. Nukilan, -Abu Faris ‘Audah- -Jumaat,10/10/2008- -9.09 p.m.- Sajak ini dicipta khas untuk seorang syahid kecil Faris ‘...