Terima Kasih untuk sahabat-sahabatku,...
Dari : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Hari ini dah hari terakhir di UTM, Alhamdulillah, Allah izinkan aku habiskan perjuangan disini, Alhamdulillah, Allah izin aku menongkah segala cabaran melintang dihadapan, Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik, Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah atas segala nikmat ini.. Aku yakin, Allah letakkan aku disini (UTM), ada hikmah tersendiri dan aku pasti, ianya lebih baik bagi aku, Walaupun tujuan asal aku, aku tingin sangat nak masuk UIA.. SEB/SWB in memory Hurm, 4 tahun dengan kawan, susah senang sekali, hari ini, hari terakhir, ada sahabat lain sampaikan pada aku, kalau ukhwah yang terbina kerna Allah, Allah akan pelihara ukhwah ini, Ya! aku percaya tentang tu, Bertemu tidak jemu, Berpisah pula tidak gelisah. Mudah2an Allah menjadikan kita insan yang mendapat, lindungan arasy Allah di akhirat kelak, kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Allahumma ameen. Aku nak ucap terima kasih....