Antara Cinta dan Persahabatan
Perentak Bicara : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Nukilan ini khas buat Ummi, Abah, Siti Munirah, Siti Nur Aqilah dan Abdul Muiz, Merekalah keluarga, merekalah sahabat, merekalah cinta, Tidak meninggalkan aku disaat lemah tak berdaya, sentiasa ada bersama. Syukur pada-Mu ya Allah kerna mengurniakan insan seperti mereka. Keduanya, kepada sahabat2 yang amat aku kasihi. Arman Hadi, Azlan, Hafiz Huzaine, Nor Amin, Hafeez Asyraf dan Zarif (UTM). Sahabat2 yang bagiku, unik. Sentiasa ceriakan diri ini, dan selalu mendengar dan membantu permasalahan yang ada. Amat sukar untuk mencari orang seperti kamu. Jazakallah khairan. Ketiganya, untuk rakan2 seperjuangan yang mengenali dan seringkali membantu. Antara Cinta dan Persahatan, Ungkapan yang perlu dipateri bersama, Pengertian yang mendasar, Nilaian yang tidak tercapai, Yang menghiasi kehidupanku. Cinta, Suatu kalimah yang belum pasti akan keindahannya, Kerana disebalik keindahannya, Terselit sejuta kepahitan, Yang merentap kedamaian jiwa, Meng...