Posts
Showing posts from February, 2008
Mari Mengenal Imam Bukhari!!
- Get link
- X
- Other Apps
Imam al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah atau dikatakan bin Yazdabah. Sesetengah orang menggelarnya Ibnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz. Imam al-Bukhari termasuk salah seorang daripada enam pengumpul dan penyusun kitab-kitab hadis yang terkenal dalam dunia Islam iaitu Muslim,Ibn Majah,Tirmizi,Abu Daud dan Nasaie, yang mana kitab-kitab mereka dikenali sebagai Kutub as-Sitttah . Beliau dilahirkan pada hari jumaat 13 hari bulan Syawal 194H. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan Imam Bukhari membesar dan tumbuh di bawah asuhan ibunya. Beliau meninggal pada hari Sabtu, 1 hari bulan Syawal 256H iaitu ketika beliau berumur 62 tahun setelah meninggalkan jasa yang cukup besar kepada Islam dan umat Islam yang berguna sehingga hari kiamat. Imam al-Bukhari adalah seorang yang telah terkenal akan kehebatannnya dalam hadis, sehinggakan apabila sesebuah hadis itu disebut sebagai "riwayat al-Bukha...
Pilihanraya: Antara Calon Dan Keperluan Rakyat
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah beberapa hari Parlimen kita dibubarkan. Teka-teki tarikh pilihanraya sudah berhenti. Apa yang sedang panas diperkatakan adalah teka-teki siapa calon-calon yang bakal ditempatkan oleh pertubuhan-pertubuhan politik yang akan bertanding. Ada insan-insan yang membayangkan mimpi indah dan ada juga yang bimbangkan mimpi gundah. Saya tidak ingin memperkatakan tentang nasib mereka, tapi ingin memperkatakan tentang tangan-tangan yang ingin memilih mereka. Samada tangan itu pemimpin tertinggi pertubuhan-pertubuhan politik, atau rakyat yang akan mengundi nanti. Saya amat tertarik dengan surat Saidina Abu Bakr al-Siddiq yang mengandungi wasiat tentang calon pilihannya dalam menggantikan beliau yang ketika itu begitu teramat uzur. Beliau meminta supaya Saidina ‘Uthman menulis untuknya seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta pe...
"FAKTA" ATAU "AUTA"????
- Get link
- X
- Other Apps
BENARKAH SAIDINA UMAR MEMBUNUH ANAKNYA?? Saringan oleh www.darulkautsar.com dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff Terdapat beberapa buah buku yang tersebar meluas dalam masyarakat yang menceritakan kisah Sayyidina Umar r.a. kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup, seperti sebuah buku berjudul “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga” oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), m.s. 50-51. Dua artikel berkenaan cerita ini telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998) dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM ( Harakah, 30 Nov 1998) . Kedua-duanya mengandungi cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya. Jika cerita seperti itu disiarkan oleh musuh Islam, tentu sekali tiada maksud lain bagi mereka melainkan untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. yang merupakan sahabat kari...
PANTUN MALAS SEMBAHYANG..
- Get link
- X
- Other Apps
Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih berubtung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam siang…….. Apasal la engkau malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu kau tak boleh luang………. Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bengang, Tuhan kasi ilmu berfikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tak kenang??????? Kenapa la engkau malas sembahyang, Main bola engkau sanggup sampai petang, Beli tiket engkau sanggup beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang?????????????? Apasal la engkau malas sembahyang, Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat, petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang……….. Apasal la engkau malas sembahyang, Siksa neraka cubalah engkau bayang, Perjalanan akhirat memanglah terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak...