Posts

Showing posts from March, 2008

TAUFAN KEHANCURAN UNTUK BN!!!

Keputusan Pilihan Raya telah p4n kita ketahui.. Satu kejutan telah dilakukan oleh rakyat malaysia.. Sebelum Pilihan Raya..Iklan-iklan di TV sering mewar-warkan bahawa Pembangkang adalah "The Worst Ever" Najib mengeluarkan kenyataan supaya jangan serang peribadi..Namun,selepas itu,beliau sendiri menyerang peribadi seseorang dalam kempennya.."CAKAP XSERUPA BIKIN"..orang yg diserang najib pula adalah seorang yg dikenali sbg Ulama.. seorang yg dihormati dan disegani iaitu Tok Guru Nik Aziz. Apabila keluar keputusan PRU di kelantan,hampir berguling saya ketawa.BN bagai di "BULI".BN pasti malu.. Mana tak nye..belum lagi mengundi dah nak lantik MB kelantan baru.AWANG ADEK.Tapi beliau sendiri tewas dgn Saudara Nasharudin Mat Esa.Seorang yg baru bertanding di kelantan,bertanding di kawasan "kubu Kuat" (kononnya)Awang Adek. Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor..Habis kesemuanya.3 negeri diluar jangkaan dapat ditawan.Ini menunjukkan "GELOMBANG TAJDID PEM...

Bicara Buat Yang Menang Dalam Merebut Jawatan

Selamat bertugas sebagai wakil dan pemimpin rakyat. Anda akan memimpin kami di dunia ini. Akhirat nanti Allah akan bertanya kami mengenai anda semua. Seperti mana hari ini kami diberi peluang untuk mengundi anda, berilah juga kami peluang untuk menjawab yang terbaik mengenai anda pada hari kiamat kelak. Kami tidak ingin mendakwa anda di sana nanti, maka adillah kepada kami di dunia ini. Seperti biasa, setiap pagi Sabtu selepas solat Subuh dan memohon kekuatan daripada Allah, saya akan mengadap komputer untuk menulis ‘Pena Mufti’ bagi keluaran setiap Hari Ahad. Sabtu pada waktu artikel ini ditulis (semalam) saya begitu mengejar waktu. Maklumlah hari Pilihanraya Ke-12 negara kita. Tempat mengundi saya pula di Seberang Perai. Bukan di Perlis. Selepas tulisan ini disiapkan, saya akan bergegas ke sana. Untuk memilih calon yang paling berkualiti dari sudut kemampuan kepimpinan dan nilai peribadinya. Itulah pegangan saya. Bukan pakaian; serban atau songkok, atau jenis kereta; murah atau mahal...

Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentinga...

Bisikan Kerinduan

Kita sukar membina kerpercayaan, tetapi ia mudah untuk diruntuhkan. Kekuatan diperlukan untuk mempertahankan, kesabaran dalam semua dugaan, Kadang2 mampu menggugat iman Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang bersyukur, jadikanlah aku hamba yang bersabar, Agar aku sentiasa redha dgn setiap ketentuan. Sesekali, Titisan air mata berguguran utk memujuk duka, Hati yg tercalar parah kerna ditimpa musibah, Dek kerana kesilapan sendiri, Keterlanjuran diri dlm berkata, Aku manusia yg penuh dgn salah dan lupa. Tetapi, Duka yg dialami pasti menjadi indah, Satu kenangan dlm menjadikan diri insan bertakwa, Berkat kesabaran sesudah diuji. Doaku padamu Ya Allah, Jngnlah Engkau(Allah) serahkan diriku pda diriku, nescaya aku akan menzalimi diriku sendiri, dan jgnlah Engkau serahkan diriku kepada org lain, nescaya mereka akan lalai(binasakan) aku. Bimbinglah kami Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan utk bertaut pd Engkau, Hapuskanlah sifat mazmumah dlm diri kami, Hiaskanlah kami dgn sifat2 mahmudah. Kabulk...