Posts

Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya, ada insan, Allah jadikannya genius. mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari, dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami, disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal,  umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi, seorang berlari, dan seorang merangkak, ketika insan yg berlari berhenti berehat, yang merangkak terus meneruskan perjalanan, yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama. Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini. Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar, Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali, kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan kekurangan. Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia, tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak,  seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuanga...

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Dah ber'abad' rasanya x update blog ni. nk kata busy, boleh la tahan. nak berfikir banyak2. Dalam kehidupan ni, kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain, kadangkala,niatnya utk menegur, tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain. Kita selalu cakap, SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2, tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain? Ya, aku tau,  "kamu" hebat dalam bidang sains, aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu, aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu, tapi kita perlu ingat, kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama,  xsemua orang minat pada bidang sains. ada orang minat pada memasak, dan dia mencipta nama dalam bidang masakan, ada orang minat bersukan, dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan, ada orang minat bermain muzik, dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik, ada orang minat pada tugasan2 dirumah, dan...

Antara taubat dan alasan

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Apabila seseorang melakukan kesilapan, ada dua cara yg selalu digunakan sebagai reaksi kepada kesilapan  atau kesalahan yg telah dilakukan. i. Golongan yang Bertaubat Insan yg segar imannya, akan memilih jalan ini, mereka akur dengan kesalahan yg telah dilakukan, tiada ego yg menguasai diri melainkan rasa rendah diri pada Tuhannya, dan dalam masa yang sama, sesudah taubat, mereka akan perbaiki kesalahan diri, agar kesalahan tadi tidak lagi diulang, didalam surah At-Tahrim,ayat 8, Allah berfirman, "Wahai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, (taubat yg suci),mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa ...

Terima Kasih untuk sahabat-sahabatku,...

Image
Dari : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Hari ini dah hari terakhir di UTM, Alhamdulillah, Allah izinkan aku habiskan perjuangan disini, Alhamdulillah, Allah izin aku menongkah segala cabaran melintang dihadapan,  Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik, Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah atas segala nikmat ini.. Aku yakin, Allah letakkan aku disini (UTM), ada hikmah tersendiri dan aku pasti, ianya lebih baik bagi aku, Walaupun tujuan asal aku, aku tingin sangat nak masuk UIA.. SEB/SWB in memory Hurm, 4 tahun dengan kawan,  susah senang sekali, hari ini, hari terakhir, ada sahabat lain sampaikan pada aku,  kalau ukhwah yang terbina kerna Allah,  Allah akan pelihara ukhwah ini, Ya! aku percaya tentang tu, Bertemu tidak jemu,  Berpisah pula tidak gelisah. Mudah2an Allah menjadikan kita insan yang mendapat, lindungan arasy Allah di akhirat kelak,  kerana kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Allahumma ameen. Aku nak ucap terima kasih....

Gosip tu manis sangat...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Mendonngak ke langit. MasyaAllah..luasnya... bila tunduk semula. aku ada hanya dicelahan bangunan yang kecil.. "Manisan"...sungguh sedap dilidah..tapi ramai yang tidak sedar yang ia adalah "pembunuh senyap".. jauhi "manisan" itu... Sama jek dengan gosip, kita bergosip sangat seronok, tapi sedar atau tak, ia mengundang pada muflisnya diri pada hari kiamat, ya..ia membunuh, membunuh kita di akhirat.. Dari Abu Hurayrah R.A.,  Suatu hari Rasulullah bertanyakan pada sahabat, "Tahukah kamu siapa orang yang muflis?" sahabat menjawab, " Org yg muflis adalah org yg tidak memiliki dirham(wang) dan harta.", Rasulullah menjawab,   "Bukan, sebenarnya orang yang muflis adalah,  org yang dtg pada hari kiamat, dengan pahala solat, puasa, dan zakat,  tetapi (waktu didunia), ia mencaci si fulan, menuduh si fulan,  memakan harta si fulan (dgn cara yang haram), menumpahkan darah s fulan, dan perna...

Tertekan....

Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan, agar dapat terus memandang apa yang terjadi,  melalui sudut hikmah. Ya Allah, kuatkanlah diri yang kian lemah,  semakin hari berganti hari, kuatkanlah ya Allah,

..:: Bukit Yang Curam ::..

Image
Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi Bukit ini pasti sukar didaki Kebaikan dan gambar ini ada kaitannya.. Alahai kebaikan.. susah sungguh untuk nak dapatkan engkau.. sama saja macam mendaki bukit yang curam.. perjalanan ke puncak, susah dan renyah.. penat macam nak pengsan.. banyak betul halanganya.. batu2 lagi.. pasir yang bersedia untuk gelincirkan sapa saja yang leka.. susah...sangat susah.. tapi kita tetap akan dapat ke puncak.. andai kita berhati2... dan mendaki perlahan2..pasti berjaya.. berjaga-jaga supaya tidak jatuh ke bawah semula.. kadang2 mungkin kita akan tergelincir... tapi jangan sampai kita tergolek... Bila kita bersama yang lain.. rakan disekeliling.. yang diatas, hulurkanlah tangan pada yang dibawah.. mudah2an rakan yg dibawah, dapat bersama di paras yg sama.. jangan biarkan dia keseorangan mendaki.. aku bimbang dia terjatuh.. sebab dia sahabat kita.. sayang sahabat kerana Allah.. aku hulurkan tangan, untuk kita sama berada di puncak.. gambar hiasan.....