Posts

Nukilan teristimewa buat Ummi dan Abah ku...

Image
Assalamualaikum.. Nukilan kali ini khas untuk Ummi dan Abah adi yg adi cinta.. Insan yang dah banyak mengajar adi untuk jadi insan berguna sampai saat ni.. Salam sayang untuk Ummi dan Abah ku, Yang mendidik diriku tak pernah jemu, Halalkan makan minumku, Maafkan salah silapku, Kuharapkan restu darimu, Agar berkat langkahku untuk maju. Adi banyak buat salah pada Ummi dengan Abah, Dalam keadaan sedar atau tidak sedar, Pengorbanan Ummi dengan Abah tetap tersemat dihati Adi.. Sentiasa bersama Adi bila susah atau senang. Walaupun Adi banyak buat salah pada Ummi dengan Abah, Tapi itu tak menghalang utk Ummi dengan Abah utk terus bantu Adi. Doakan Adi jadi anak yang soleh, Anak yg menjadi harta berharga utk ibu ayahnya, Doa Adi untuk Ummi dan Abah, Moga-moga kita semua akan bersama sampai di Syurga, Terima kasih Ummi dan Abah.. Nukilan ini Adi tulis untuk menghargai jasa Ummi dan Abah Adi, Adi sayang Ummi dengan Abah s...

Impian : Daerah Dunia atau Negara Akhirat??

Image
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari Akhirat, Bagaikan anak-anak akhirat...yang melihat dunia dari jendela akhirat" - Ammar Zulkifli - Bukanlah utk memuja Ammar.. tapi hendak mengambil semangat mudanya.. semangat jihadnya walaupun ketika dia kemalangan.. difahamkan di Mesir, mereka ketika itu sedang menduduki peperiksaan. kita belajar bukanlah untuk mengejar syllibus atau mendapat dekan saja.. tapi bila dapat pa yg diimpi, redha Allah xbersama kita.. rugi sangat2. Jangan cari ilmu untuk kejayaan semata2, tapi redha Allah tidak bersama Tapi Carilah ilmu kerana Allah... nanti Allah akan hadiahkan kepada kita kejayaan.. mungkin result kita kurang cemerlang.. tapi kita boleh lebih berjaya bila terjun ke dunia luar.. Apabila hati kita mencintai akhirat.. segala amalan perbuatan kita akan tertumpu utk kesana.. pada ketika itu, dunia akan datang kepada kita dalam keadaan yg hina.. seperti kita melihat dunia dari jendela akhirat.. Apalah erti kemewahan dan kesenangan dunia, sed...

Aura Allahyarham Ammar Zulkifli

Image
Assalamualaikum.. Mungkin artikel ini ditulis agak terlewat.. walaupun lewat...auranya masih lagi kuat.. Allahyarham Ammar Bin Zulkifli. Kami xsempat kenal..malah, saya mula mengetahui ttg saudara ammar dari berita pemergiannya. Hafiz ceritakan pada saya sewaktu hendak ke Rekreasi HALUANSiswa. kerana tidak kenal, saya berasa biasa. bagai gugur seorang muslim utk bertemu Tuhan-Nya. Tapi..berita tentang ammar tidak reda-reda.. sahabat2nya bercerita tentangnya, akhlaknya baik, semua orang suka berkawan dengan dia. baik dari kumpulan "budak surau" atau "budak2 nakal" dalam fikiran, "Ammar mempunyai sesuatu kekuatan" ketika berada di Pulau Pinang.. sekali lagi namanya disebut. Kali ini didalam kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad.. Ustaz memuji beliau..ustaz kata dia budak baik.. Ustaz Johari ada sebut dalam kuliah subuh, Ustaz jumpa dgn ayahnya..kerja di USM, Ustaz kata,ayah dia tabah.. sebab apa semua orang sebut tentang die?? Siapa dia? sebab pa dalam kuliah2 disebut...

Andai langkah kita terpisah...

Image
Andai langkahku bersamamu terpisah... Aku harapkan kau akan melakar pelangi kegemilangan. Tintaku kali ini untuk sah abat2 perjuangan, khasnya kepada seorang insan yg mungkin terluka kerna diri ini.. Sahabat.. Masa kita bersama didunia tidaklah panjang. Misi kita bukan kejayaan disini, tapi kegemilangan di negera Abadi, disana ada sungai yg airnya berlari-lari. Janganlah kerna satu kesedihan hari ini, kau terlupa akan sinar mendatang pada esok hari, Janganlah berputus asa, sehingga kau terlupa misi kita yang utama, Kemenangan disisi Tuhan aku dan kamu Yang Maha Berkuasa. Jangan tertipu dengan fatamorgana dunia, Jangan tertipu dengan sandiwara nafsu yg membuatkan kamu terleka, Pandang kedepan dan terus melangkah dengan berani. Aku tahu kamu kuat dan tabah, Dikala kamu ditimpa ujian, kau kelihatan tumbang tanpa daya, tapi dengan kekuatan tersendiri, kau mampu bangun dan terus berjuang. Berhentilah menangis, Kerna aku tidak suka lihat kamu menangis, hidup mesti diteruskan, aku sentiasa do...

Rehlah Ibadah 2

Assalamualaikum.. minta maaf le lewat sket update utk rehlah ibadah 2 ni.. semalam saya kurang sihat sket..jadi..tangguhkan dulu utk rehlah ibadah 2.. Rehlah ibadah 2 ni sbenarnya sambungan dari artikel sblum ni.. Lepas kami dah bertolak dari gunung berlumut..kami singgah di Sekolah Agama Ghufran.. Malam tu kami akan buat barbeque.kami sampai di sekolah Ghufran dalam pukul 5.16 petang,. Sampai2..semua blasah tido dulu..letih sangat2 le tu.. Kul 6 hafiz gerak kami utk truskan aktiviti.,. hafiz n aqif gi ambil ayam.. yg lain2 hidupkan api dulu.. bila hafiz balik ke ghufran.. hafiz gtau kami dapat 4ekor ayam.. HAH!!! 7 ORANG NAK ABISKAN 4EKOR AYAM??? makna nya aku akan jadi semakin tough la... huhu.. utk bahagian memasak.. Chef Sohaib n Chef HUsni incharge.. Yg lain membantu benda2 lain yg diperlukan..contohnye.. kalau minyak utk nak sapu atas ayam tu abis..kami tmbah2.. bekalkan lampu.. n mcm2 le.. utk bahagian memasak.. Chef Sohaib n Chef HUsni incharge.. Yg lain membantu benda2 lain yg...

Rehlah Ibadah di Gunung Berlumut...

Image
25 Julai 2009 7.00 pagi dicadangkan utk bertolak..Hafiz mula kumpul2 orang... 8.15 pagii.Dah amik semua...baru kami bertolak ke Gunung Berlumut...Hafiz, Sani, Azizi, aku, Aqif, Sohaib, n Husni..7 org jek yg da kesempatan.. Dalam perjalanan tu, lepas dijamu roti..aku tertido la plak..ntah..ngantuk camna tah..hehe..sedar2 dah nak masuk kluang..Gunung Berlumut tu dalam kawasan kluang le..Keta dipandu terus..Kami sampai kat depan tempat rekreasi Gunung Berlumut tu lbih kurang kul 9++..hehe..(xigt lorr,maklumla jam x repair2 lagi...) Sampai2...jeng3x kami rehat dulu...Hehe..sembang2..buat pengisian skit..menyuntik bius utk rohani..membetulkan jalan yg bengkok jika ada dlm niat kami,.and menjulang kami sbgai hamba bertuah yg Allah masih bagi kesempatan utk berukhwah kerna-Nya..insyaAllah... Dah abis pengisian...Haa...masa yg ditunggu2...hehe..mandi la..Sani start dulu.. then azizi... Then, Husni,sohaib n aqif.. Mana lagi 2 org?? Isk2..kenape xda dalam air ni 2org lagi ni??? cari punya cari....

Haji Tanpa Mahram..

Image
Ini berkaitan perbincangan ttg mahram..mungkin ada sahabat yg pernah bertanya...ini pendapat2 nye.. dipetik dari http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34846&sid=3168ef3677d3b435e2181976e55692ab Beikut kami ringkaskan fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan wanita keluar menunaikan Haji tanpa mahram :- Prinsip didalam syariah adalah wanita tidak dibenarkan bermusafir berseorangan. Adalah wajib baginya ditemani oleh suami atau mahramnya. Peraturan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Ibn 'Abbas ra. bahawa Nabi bersabda : لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم "Tidak boleh seorang wanita bermusafir melainkan ditemani mahramnya, tidak boleh masuk keatasnya melainkan bersamanya mahram" Asas kepada hukum ini bukanlah andaian buruk mengenai wanita dan akhlaknya sepertimana wujud dikalangan manusia yang mengatakan begitu, akan tetapi adalah kerana untuk menjaga rep...