Posts

ADUHAI PALESTIN

Bumi anbia berdarah lagi Hancur, hangus, rentung segala Dihujani peluru timah hitam Diguruhi bom dan dipetiri mortar Suara pembunuh, suara pemusnah Begitu lantang menggegar hati Suara erangan, suara duka manusia Begitu sayu menagih simpati Kemerdekaan apakah itu? Andai belenggu sengsara masih mencengkam Andai nyawa manusia bagai debu melayang Andai peluru durjana terus merobek bahagia Palestin, dikau menjadi saksi segala Kekejaman dan kezaliman yang beraja Iringan doa kukalungkan jua Buat semua mujahid perkasa Aduhai Palestin! Begitu mahal nilai sefaham Tidak terbeli nilai sehati Begitu tinggi nilai manusiawi Tidak tercapai akal dan budi Tinta pena : adia_anarris @ 2007 www.adiaanarris.blogspot.com

Kisah Kedai BuNgA...

Image
Team Penjual Bunga... Assalamualaikum... Dah lama xsembang2 dalam blog ni..hari ni,nak berkongsi cerita ttg pengalaman pertama jadi penjual bunga..mcm lawak ja bunyi die..tp hakikatnya,benda ni menarik sbnarnye.. Nak start dari mana ek...hurm..ok.start dari hari HEP kata kami dapat lot utk jual bunga... kami dapat information agak lambat..semnggu lagi nak konvo baru dapat...so,time tu la baru nak cari dealer,nak g bertanya pada org berpengalaman mcm mana. n bnda2 len yg perlu.. 1st..pasal supplier,mula2 cadangnya nak piolih 1 supplier yg dapat bg rate yg terbaik...tp bila dah dgr penjelasan dgn 1 lagi supplier ni..kami cadang akan amik 2 supplier..wahh..jarang berlaku.. semua yg akan turut handle ni pon,1st time nak jual bunga...xtau camna keadaan..tp dah berani mencuba bnda yg baru..xpa..SEB boleh...haha.. ttg strategi perniagaan..biarla antara kami ja tau..walaupun porak peranda..tp team work kami teramatlah baik..hehe..(ye ke ni?)..malam jumaat tu..sibukla kesemua 11 org yg akan...

DIMANA IMAN

DIKALA INI, KEMANA IMANKU PERGI, JIKA IMANKU DIIBARAT HATI, BAGAI HATI YANG CEDERA NGERI PARAH, PENUH TOREHAN BERDARAH, SEKARANG BAGAI SUDAH BERNANAH, ULAT PULA SIBUK MERATAH JIJIK, AKIBAT PERBUATAN SENDIRI, LUPA UNTUK BERJUMPA ILAHI, MAHA DOKTOR YANG MAMPU MENGUBATI, TIADA IKHTIAR UNTUK BERSIHKANNYA, BUSUK KOTOR DIPANDANGAN MATA YA ALLAH KUHARAPKAN IMAN YG SUCI, NIKMAT YG TIDAK HABIS, MENGIRINGI MUHAMMAD, DI SYURGA TERTINGGI SELAMANYA (1) TUHAN-KU SAYANG, TUNJUKI AKU, LURUSKAN DIRIKU, KUPOHON PETUNJUK, JUA KELURUSAN HANYA PADA-MU (2) WAHAI TUHAN YANG KU RINDUI, TEGUHKANLAH DIRIKU, JADIKAN AKU PEMBIMBING, YANG SELALU MEMBIMBING (3) YA RABBUL IZZAH, KABULKANLAH DOAKU, AMIIIN.. -Abu Faris ‘Audah- -13/11/2008, 7.16 am- -2jam sebelum peperiksaan Matematik Kejuruteraan.Doakan aku menjadi Muslim Soleh- 1 Hadith Riwayat Ibn Hibban, no 2436. Dari Ibn mas’ud , Shahih Muwaaridizh Zham-aan,no 2065 2 Hadith Riwayat Muslim, no 2725 3 Hal ini ditunjukkan oleh doa Nabi untuk Jarir. Hadith riwa...

OH UJIAN!

Redup, Ceria, Aman, Tenang Sungguh bahagia, Mengapa hanya sedikit yang bersyukur? Kerna Ujian,kita mengeluh, Iman menjadi lusuh, Lupakah manusia? Ujian mengiktiraf iman, Juga menghapus dosa, Allah arif kemampuan kita, Kita boleh menanggungnya, Kenapa pandang kelemahan? Dimana kekuatan iman? Kelemahan jadikan kekuatan, Itulah cirri orang beriman. Nukilan, -Abu Faris Audah- -31/10/2008- -10.54 p.m.-

SALAH MENDUGA

Image
Diambil dari : http://ibnu-qayyim.blogspot.com/2008/10/dr-maza-salah-menduga.html Sumber asal : http://drmaza.com

TINTA HATI

Ku panjatkan kesyukuran, Pada Allah yg Maha Hebat aturan-Nya, Dia tak berikan apa yg aku inginkan, Dia beri apa yg aku perlukan, Dia tak memberi aku kesenangan, Untuk aku memahami erti kehidupan Tinta hati buat insan teristimewa, Sentiasa bersama tika tangis dan tawa, Tanpa mereka terasa kosong dunia, Bukan niatku untuk agungkan mereka, Tapi menghargai ukhwah yg terbina Merekalah permata berharga, Tak ambil kesempatan di atas kebaikan, Membantu tikaku susah dan resah, Sumber kekuatan pada diriku, Disaat aku lemah tanpa daya Simbahan Kasih, curahan sayang, Buat ummi abi tercinta, Jasa mereka infiniti banyaknya, Mencorak aku sebagai insan beragama, Ku pohon rahmat dan maghfirah, Khas buat mereka berdua, Semoga dikumpul disyurga sana Di jalan dakwah kita dikumpulkan, Doa ku pohon pada Tuhan, Agar kita disinari ketaqwaan, Sampai hari kemenangan -Abu Faris ‘Audah- -Ahad (12/10/2008) – ...