Posts

Kerana Aku Ingin Terbang Semula

Image
Kerana Aku Ingin Terbang Semula

Sudah jauh derap langkah diatur,
Disana kulihat cahaya sinar dihujungnya,
Namun, jaraknya entah berapa,


Aku ingin terbang semula,
terbang untuk melihat dunia, terbang untuk ku tabur jasa, kepada semua tanpa ada kasta,

Ku ingin terbang semula,
untuk melunaskan impian yang belum terlaksana,
agar tidak menjadi angan-angan orang terlena,
tapi ia menjadi sebuah cita-cita.

Ku ingin terbang semula,
walau sayap berkecai dipukul peristiwa,
akan kugagahkan jua,
bersama mereka yang mahu menghargainya.
Ku ingin terbang semula, agar lebih tinggi dari awan hitam,
yang telah menjadikan hidupku kelam,
kerana telah terlalu lama aku tenggelam

Ku ingin terbang semula,
keluar dari harapan-harapan manusia,
yang sentiasa mahu aku mengikut mereka,
kerana hanya aku dapat menjadikannya nyata,

Ku ingin terbang semula,
Terbang bersama cita-cita,
Sinar itu sudah terang cahayanya,
Hanya tunggu untuk dilaksana,
Oleh diriku sendiri dan bukannya sesiapa,
masuklah ke syurga dunia, yang tidak ada siapa mampu merampa…

Research..

Masa yg sangat pantas..
dah 6 bulan aku sambunng belajar...nak buat research..

tapi keadaan masih macam kanak2 yg baru belajar..
masih belum jelas dengan apa yg nak dibuat..
cuba tenangkan hati,bahawa aku masih baru..
tapi masa 6 bulan terlalu lama sebenarnya..lebih dari lama..
segan dengan orang2 disekeliling..
kerja xseberapa, main saja banyak..

usaha perlu diteruskan..
tapi sayang..banyak pula salah faham..
tersepit antara positif dan negatif...
bila nak bertanya, datang satu fikiran...
"kamu tak tahu usaha sendiri ke??"
kalau tak bertanya,nnt ini pula jawapannya,
"itu la..dari dulu orang suruh bertanya..sekarang dah terlewat"..

akibatnya, tersepit sorang2, syok sendiri dgn apa yg dibuat..
sekarang macam tenggelam punca..
apa yg patut aku buat utk jelaskan segala yg kabur ni?

banyak masa terbuang..tak pasti,sama ada aku yang buang,
atau orang yg hilangkan masa aku..
mungkin perlu lebih tegas..lebih berdisiplin..
takkan mampu utk gembirakan hati semua orang pada…

Life is "TER"-Open Secret

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Ini kisah yang kadang kala berlaku,
bila seorang rakan, meminta rakannya utk menyimpan rahsia..
STAGE 1 Level 1
A : Aku ada benda nak share dng ko hari ni. Aku nak cerita kat ko ni,sbb aku slalu share dgn ko,tp jgn kecoh2 kat orang lain.
B : OK! ape die..
A : Bla..Bla..Bla..(cerita rahsia itu)
Level 2 Bual kosong dengan C C : A nampak lain jek ari ni.. B :  Ada sesuatu yang berlaku
C : Eh, Ye ke?
B : aku cita kat ko ni, ko jangan cita kat orang lain plak..
C : OK!
B : Bla..bla..bla...
. . . . . . . Level 25 Y : Ko prasan tak, A skrg cam dah lain sket..bla..bla..bla.. (sambil cita rahsia si A)
Z : Owh..ye ke? Y : Ko jangan gitau orang lain plak. Sbb X cakap jgn gtau orang lain.. Z : OK! . . . . . . . . . . Level 26 Bila Z bertemu dgn A, untuk tanyakan kepastian.  Z : Hai A, nape nampak lain skrg, betul ke...Bla..Bla..Bla..(sampaikan rahsia si A yang dapat dari Y) A : Eh, erm, sapa gtau ko ni..(sambil mngeluh)
Z : Y gtau aku.

STAGE 2 Level 1
A : Weh, ko da gtau Z ke pasal apa yang a…

Kenangan dahulu...

Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Teringat kenangan dulu,
bila ada sorang ustaz datang dan sampaikan tentang jihad,
dan misi utk membantu palestin,
isu yang dibincangkan termasuklah boikot, dan seruan utk jihad disana.

bila ustaz tanya,
"kalau kita ada peluang untuk pergi kesana,kita nak pergi tak utk bantu saudara diPalestin?" (lebih kurang camni la, xigt ayat yg exact, tp maksud dia camni la)

Jemaah ramai yg bersemangat kata "Ya"..(tanda setuju)

Diakhir sesi..ustaz acah smua jemaah dgn wajah yg serius..

"InsyaAllah, kita dah buat persiapan untuk bawa orang2 kita pergi berjuang di Palestin, tempatnya terhad. Siapa yang nak pergi, datang ke depan"

Tapi waktu tu, semua kaku ditempat duduk masing2..huhu..temasuk la aku..

Kadang2, kita bercakap, sangat mudah..tapi aplikasinya belum tentu..

Kita berbeza...

Setiap orang berbeza kebolehannya, ada insan, Allah jadikannya genius. mudah untuk faham dan menghubungkaitkan apa yg dipelajari, dan ada insan, ia agak sukar untuk memahami, disaat si genius berehat, dia mengorbankan masanya utk mengejar apa yg tertinggal,  umpamanya dua insan sedang bergerak menuju ke destinasi, seorang berlari, dan seorang merangkak, ketika insan yg berlari berhenti berehat, yang merangkak terus meneruskan perjalanan, yang akhirnya mereka sampai ke destinasi yg sama pada masa yg sama.
Namun ada sesuatu hikmah yg membezakan kedua insan ini. Insan yg merangkak tadi pastinya akan menjadi lebih tabah dan sabar, Erti putus asa hampir saja mereka tidak kenali, kerana yakin, Allah akan memberikan jalan utk mereka meneruskan perjuangan, walaupun dalam keadaan kekurangan.
Yakinlah, tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia, tapi ianya penuh dengan hikmah membunga yang mungkin kita tidak nampak,  seri derita itu akan kelihatan dipenghujung perjuangan.
-Muhasabah untuk diriku s…

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Image
Penulis :Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Dah ber'abad' rasanya x update blog ni. nk kata busy, boleh la tahan. nak berfikir banyak2.
Dalam kehidupan ni, kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain, kadangkala,niatnya utk menegur, tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain.
Kita selalu cakap, SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2, tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain? Ya, aku tau,  "kamu" hebat dalam bidang sains, aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu, aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu,
tapi kita perlu ingat, kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama,  xsemua orang minat pada bidang sains. ada orang minat pada memasak, dan dia mencipta nama dalam bidang masakan, ada orang minat bersukan, dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan, ada orang minat bermain muzik, dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik, ada orang minat pada tugasan2 dirumah, dan mereka berjaya mencorak rum…

Antara taubat dan alasan

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Apabila seseorang melakukan kesilapan, ada dua cara yg selalu digunakan sebagai reaksi kepada kesilapan  atau kesalahan yg telah dilakukan.
i. Golongan yang Bertaubat Insan yg segar imannya, akan memilih jalan ini, mereka akur dengan kesalahan yg telah dilakukan, tiada ego yg menguasai diri melainkan rasa rendah diri pada Tuhannya, dan dalam masa yang sama, sesudah taubat, mereka akan perbaiki kesalahan diri, agar kesalahan tadi tidak lagi diulang,
didalam surah At-Tahrim,ayat 8, Allah berfirman, "Wahai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha,
(taubat yg suci),mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan…