Bagi Souvenier utk insan yang kita hargai...

Followers

Thursday, October 27, 2011

Memandang orang lain dengan kelebihan mereka!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Dah ber'abad' rasanya x update blog ni.
nk kata busy, boleh la tahan.
nak berfikir banyak2.

Dalam kehidupan ni,
kadangkala insan suka memandang sinis pada insan lain,
kadangkala,niatnya utk menegur,
tapi teguran yg disampaikan seolah2 menghina dan merendahkan orang lain.

Kita selalu cakap,
SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN MASING2,
tapi sejauh mana kita aplikasikan benda ni bila bercakap dengan orang lain?
Ya, aku tau, 
"kamu" hebat dalam bidang sains,
aku akui perkara itu sbb kelebihan kamu disitu,
aku hormat kamu sebagai seorang yg hebat dalam bidang itu,

tapi kita perlu ingat,
kita xboleh nilai semua orang dalam bidang yg sama, 
xsemua orang minat pada bidang sains.
ada orang minat pada memasak,
dan dia mencipta nama dalam bidang masakan,
ada orang minat bersukan,
dan mereka mencipta nama dalam bidang sukan,
ada orang minat bermain muzik,
dan mereka mencipta nama dalam bidang muzik,
ada orang minat pada tugasan2 dirumah,
dan mereka berjaya mencorak rumah tangga mereka dgn hebat,
menjadikan ahli keluarganya juga insan yang hebat,
SAMAKAH AKU DAN KAMU?


Setiap orang ada kelebihan dan kekuatan mereka,
pandanglah pada kekuatan dan kelebihan mereka,
jangan kita berasa tinggi diri dengan "title" yg kita ada,
yang menyebabkan kita memandang rendah insan lain,

INGAT!!!
KITA JUGA ADA KELEMAHAN SENDIRI,
seorang doktor yang hebat dalam menjaga kesihatan orang,
tapi tidak ada kelebihan dalam bersukan,
bagi doktor wanita pula,
bimbang ada yang tidak mempunyai kemahiran memasak,
dek kerana sibuk dengan tugasan sbgai doktor,
kurang pula masa utk menjaga dan tarbiyah anak-anak.
Seorang surirumah pada ketika itu akan menjadi lebih hebat dari seorang doktor,
anak2nya dididik sebaiknya,

Seandainya kita terus ego dengan kelebihan yang ada pada diri,
dan merendahkan insan lain dengan kekurangan mereka,
bimbang satu hari nanti,
tempat itu bertukar ganti,
pada masa itu,
Malulah diri yang egonya tinggi,
mulialah mereka yang punyai pekerti,

Inilah lumrah kehidupan,
setiap insan ada kelebihan, 
insan juga ada kelemahan, 
cari kekuatan diri, 
membina kegemilangan dengan kekuatan yg ada,
Kita tidak mahu mereka yang selalu bertanya,
"apa sumbangan yang aku dapat?"
tapi kita mendambakan insan yang sering bertanya,
"apa suimbangan yang boleh aku beri?"
www.tips-fb.com

0 Pendapat:

Dari Mana Mereka?

free counters

Template by:
Free Blog Templates