..::^::Lumpur ::^::..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Gambar Hiasan..


 Situasi 1:

"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.."
"Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu"
" Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau"
"Alaa ibu ni...dah berapa kali dah kami main...xdapat pon kudis.."
**sambil terus bermain dengan lumpur** 
"Nanti bila dah dapat kudis..jangan nangis2 atau mengadu sakit ke geli ke


 Situasi 2:


"Adik..berapa kali ibu cakap,jangan main dalam lumpur tu..kotor.."
"Alaa..ibu, nanti kami mandi la..hilang la kotor tu"
" Adik..nanti adik dapat kudis, ibu tak tau"
"Kudis tu apa ibu?"
"Kudis tu penyakit kulit, sebab kat kulit ada kuman, 
kalau ada kudis, ramai orang x nak kawan dengan adik,"
"Eee..xnak main dah la ibu.."

Inilah 2 analogi yang boleh dikaitkan dengan sikap manusia...
Golongan yang pertama, 
Manusia sekarang, macam ramai dalam golongan ni..
DEGIL..
tidak mahu dengar cakap..
Bila dikaitkan hubungan manusia dengan Tuhan..
analoginya hampir sama..
Allah melarang kita dari melakukan sesuatu perkara,
pasti ada hikmah disebalik larangan itu,
bukan saja2..
Allah tahu setiap perkara,
tapi kita angkuh..tetap lakukan benda2 kotor..
maksiat berpanjangan,..
alasannya, alaa..xkena pon kat aku lagi..
sama saja pemikiran mereka ini dengan budak kecil yg degil tu..

selagi x dapat kudis...mereka akan terus bermain lumpur..
selagi tak turun azab yg kena pada diri, 
selagi itu lah mereka akan terus buat maksiat...
untuk mereka,,
tunggulah..tunggu sampai azab menimpa...

Golongan kedua pula..
manusia yang taat, dan juga berfikiran jauh..
anak itu taat...
jika dianalogikan hubungan manusia dan Tuhannya, 
umpama hamba yang patuh pada larangan Allah..
ya, sesekali mereka akan melakukan suatu perkara
yang boleh menyebabkan mudharat pada diri,
tapi bila sudah ditegur dan dilarang..
mereka akan menghindarkan diri dari melakukannya..

Si anak kecil itu mahu dia sihat untuk masa depannya...
untuk nafas yang lebih panjang..

begitulah juga ibaratnya hamba yg taat pada Tuhannya,
mereka memikirkan untuk jangka hidup yang lebih panjang..

si anak tadi sanggup untuk tidak berseronok buat seketika
(pada pandangan kecil mereka kerna kurangnya ilmu)
untuk memastikan masa dewasanya terjaga...

hamba yang taat pada Tuhannya juga sama..
Jauhi mainan dunia yang hanya 100 tahun atau 200 tahun..
itu pun kalau panjang umurnya...
tapi mereka mahukan bahagia akhirat...
dimana kita akan hidup infiniti tahun disana...

Ada 2 golongan..
Jangan toleh kiri atau kanan...
tapi pandang hadapan...
Jangan tengok orang lain...
tapi pandang pada diri sendiri..
dan tanyalah pada diri..

"WAHAI DIRI, KAMU DIPIHAK MANA??
SI INGKAR ATAU INSAN TAAT..."

Moga tergolong dalam golongan yang selamat..

Comments

syauqy said…
salam hadi..... mngikut pmbacaan dan pnglihatan aku... bermain lumpur pada dasarnya tidak akan mmberikan kekotoran kpd diri iaitu mksudnya x akan mndapat kudis.. Itu dari segi saintifiknya.. sebab orang eropah mmbiarkan anak2 mereka bermain lumpur yg berasal dripada tanah... dalam islam pun lumpur ialah medium penyuci..
anon said…
Salam..
Jazakallah khairan atas teguran..
erm..ada cadangan lain sebagai ganti?

-AFA-

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara