..:: Bukit Yang Curam ::..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Bukit ini pasti sukar didaki

Kebaikan dan gambar ini ada kaitannya..
Alahai kebaikan..
susah sungguh untuk nak dapatkan engkau..
sama saja macam mendaki bukit yang curam..
perjalanan ke puncak, susah dan renyah..
penat macam nak pengsan..
banyak betul halanganya..
batu2 lagi..
pasir yang bersedia untuk gelincirkan sapa saja yang leka..

susah...sangat susah..
tapi kita tetap akan dapat ke puncak..
andai kita berhati2...
dan mendaki perlahan2..pasti berjaya..
berjaga-jaga supaya tidak jatuh ke bawah semula..
kadang2 mungkin kita akan tergelincir...
tapi jangan sampai kita tergolek...

Bila kita bersama yang lain..
rakan disekeliling..
yang diatas, hulurkanlah tangan pada yang dibawah..
mudah2an rakan yg dibawah, dapat bersama di paras yg sama..
jangan biarkan dia keseorangan mendaki..
aku bimbang dia terjatuh..
sebab dia sahabat kita..
sayang sahabat kerana Allah..
aku hulurkan tangan, untuk kita sama berada di puncak..


gambar hiasan...
Tapi beringat teman..
bila kita sudah mula mendaki...
jangan biarkan kita tergolek mengikut gravity...
gravity sentiasa menarik manusia untuk jatuh kebawah..
hati2..
sangat bahaya dan ancamannya sentiasa...
Bila kita meniti kebaikan untuk diri, 
Awaslah terhadap tarikan nafsu..
ia sentiasa mengancam kita untuk turun kebawah..
tinggalkan kebaikan yang menyesakkan..
dan layankan saja keburukan yang agak santai...

Jangan jatuh mengikut gravitiy, nnt jatuh terus kebawah tak berhenti..

Rugilah bagi mereka yang tidak sampai ke puncak..
disana terlalu banyak keindahan yang kita akan dapat...
permandangan sangat indah.
Kebaikan juga akan membawa kita kepada akhiran yang indah..
Syurga..tiada bayang dimata..
pastinya, ia sangat indah..

Apabila terjatuh...
jangan pula nak mati bersama..
tarik kawan kita jatuh sama...
jangan..paut dia untuk selamat..
jangan tarik dia untuk tergolek bersama..
ok?

Akhir sekali..
Sematkan pada diri dengan firman Allah ini.
Surah Al-Maidah ayat 2, 

"Dan bantu-membantulah antara kamu 
kearah kebaikan dan taqwa,
dan janganlah kamu berbantu dalam 
perkara dosa dan pelanggaran"

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara