Winner VS Victims

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

En. Syed tanya kami,
"Sila listkan kamu kaya atau tidak"

Semua peserta menulis,
ada yang tulis diatas kertas,
ada yang menulis di minda..

 kemudian, En Syed cakap,
"Sekarang, listkan sebab apa kamu kaya bagi yang tulis kaya,
dan tulis sebab apa kamu tak kaya, bagi yang tulis x kaya."

Sekali lagi..
peserta mula menulis..
aku mula2 malas nak catat..
tapi lepas seminit, amik juga pensel..
calitkan karbon atas kertas untuk nyatakan sebab..
selesai saja tulis...
En Syed bagi arahan lagi..
"Sekarang, kamu tanda rite bgi faktor dalaman,
dan tanda pangkah bagi faktor luaran."

aku pon tanda la..
sambil tanda..terfikir juga,
game apa la ni..

dah selesai, 
En Syed tanya,
"Siapa yang banyak faktor dalaman dlm sebab dia,
angkat tangan."
xramai yang respon.
jadi aku tak tahu keadaan org lain macam mana.
kemudian En Syed tanya sebaliknya.
pon x da respon..

Bila En Syed teruskan ke next slide,
ada tulis 
"Winner VS Victim"
I am the winner!!!

En Syed cakap,
siapa yang banyak faktor dalaman dari faktor luaran..
dia adalah winner..
dan siapa yang lebih banyak faktor luaran dari faktor dalaman,
dia adalah victim..
sebabnya, bila banyak faktor luaran,
seseorang tu akan berfikir yang dia tiada ruang untuk berubah..
tapi kalau banyak faktor dalaman, 
maknanya, dia percaya,
masalah datang dari dirinya sendiri,
dan kalau nak berjaya, kena ubah apa yang tak kena tadi..

Masa tu,
banyak perkara terjah fikiran aku..
aku sekarang macam victim..
kemudian teringat beberapa perkara..
antaranya, 
Firman Allah, 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
sehinggalah dia mengubah nasib dirinya sendiri"
Surah Ar-Ra'd, ayat 12

orang selalu dengar ayat ni, 
tapi gagal aplikasi bila berhadapan dengan realiti..
kenapa aku selalu salahkan faktor luaran,
sedangkan aku x pernah mencuba untuk mengubah keadaan,
realiti dihadapan bukanlah jalan mati,
cuma denai yang sempit dan berduri..

kemudian teringat apa yang pernah aku bincang,
dengan Ir Abdul Muiz Abdul Wahab,
abang aku sendiri, dia cakap kat aku,

"Percaya pada diri untuk berubah,
90% dari kehidupan adalah faktor dalaman, 
10% adalah faktor luaran,
kita boleh ubah faktor dalaman,
tapi mungkin akan diganggu faktor luaran,
yang penting percaya pada diri"

Satu frasa yang lain,
aku dapat waktu aku nak ambil UPSR,
aku dapat 1 kertas,
kata-kata tu dari Dr Shukri,pakar motivasi time tu,..
aku masih igt sebab ayat tu pernah bagi kesan pada aku..

"Dalam kita merentasi kehidupan,
kita akan berhadapan dengan tembok2 penghalang,
(malas, bosan, berasa susah, dan perkara buruk yg lain)
kita jangan mengelak atau sekadar melompat dari tembok itu,
sebab ia akan datang kembali,
tapi pecahkan, kemudian teruskan perjalanan"

Ok..stop setakat tu...
satgi orang kata aku kuat berangan pulak..hehe..
cuma apa yang nak dikongsi..
tentang faktor luaran + dalaman tadi..
sebenarnya ia merupakan cara kita fikir sebenarnya..
bila kita berhadapan sesuatu masalah, 
macam mana kita senaraikan puncanya,
kita hadapi masalah,
sebab orang lain?
atau sebab kita sendiri?
motivasi yang aku dapat hari tu..
elakkan dari meletakkan punca masalah dari faktor luaran,
tapi fikirkan faktor dalaman, atau diri sendiri,
untuk diubah terlebih dahulu...
ya..
memang betul kita akan banyak nampak faktor luaran..
tapi ingat, hakikat sebenar ia adalah punca dari diri kita sendiri.

Kunci kepada kejayaan ialah " Percaya yang kita adalah JUARA"

ni pembeza antara Winner dan victim
Jadilah Juara sekali lagi..
sejak dari alam rahim hinggalah kita di Universiti...
aturkan punca masalah,
utamakan punca dari faktor dalaman..
sebab kita dapat mengubahnya...

Jadikan Allah prioriti,
Percaya pada potensi diri, 
Kemudian ukirlah kemahuan diawan impi,
Musnahkan angan dan mimpi,
kemudian bergeraklah,
Biar rebah berkali-kali,
bangunlah semula dan teruskan perjuangan,
biar parah dilukai,
Bangkit dan teruskan juga..
Sehingga kita dapat menggenggam apa yang kita ingini..
**ini untuk perkara baik saja ye**

Jom kita berubah!!!


Comments

JK Promosi said…
Kuasa zon kuasa kita. Hadapi dan tangani segala yg dalam zon kuasa kita.

Jangan terlalu fokus pada zon luar kuasa kita.

Makin kita menguasai zon kuasa kita, ia akan membesar dan akhirnya kita dapati zon kuasa kita rupenye dah lebih besar dari zon luar kuasa kita..
Adi Wahab said…
MasyaAllah..hebat dah junior2 ana skrg..barakallah fik..

betul tu..kena kuasai zon kuasa kita..

sampaikan salam pada luqman ek..
xtau la dia kenal ke x lagi...hehe..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara