Huk2..Awat do'a aku Allah tak makbulkan??

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Agak lama tak update  blog ni...
dengan huruf 'g' di keyboard ni dah mula rosak..
menjadikan mood utk menulis terbantut sedikit..

skrg dah sibuk dengan kerja2 pelajaran..
keserabutan fikiran disebabkan permasalahan yg tiba2 datang..
tp tidak boleh dijadikan alasan utk kita
tidak melakukan tugas sbg seorang muslim..

Hari ini nak kongsi tentang 1 hadith daripada Nabi S.A.W.


"Tidaklah seorang muslim berdo''a kepada Allah, 
dengan suatu do'a yang didalamnya tidak mengandungi dosa,
dan memutuskan silaturahim,
melainkan Allah akan memberikan kepadanya,
salah satu dari 3 kemungkinan,
1. Dikabulkan segera do'anya itu,
2.Allah akan menyimpan baginya di akhirat kelak, 
3. atau Allah akan menghindarkannya dari keburukan, 
yang semisalnya.(Yang sama timbangan mudaratnya)"

Kemudian para sahabat berkata;
"Kalau begitu kita memperbanyakkannya (do'a)"
Rasulullah menjawab, 
"Allah itu lebih banyak (dalam memberi pahala)"

(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Adaabul Mufrad)
Dishahihkan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani, dalam Shahih Adaabul Mufrad

Kebanyakan dari kita,
apabila berdoa, seringkali menyangka situasi yang pertama saja,
Nak Allah makbulkan sahaja,
bila Allah x makbulkan, kita bula sangka buruk pada Allah,
sedangkan kita tidak pernah melihat, lagi 2 situasi dlm hadith tadi...
dan lupa syarat awal yang Allah gariskan..
iaitu dilarang berdo'a untuk berbuat dosa,
contohnya untuk membuat maksiat,
dan juga dilarang do'a untuk memutuskan silaturrahim..

mungkin Allah simpan permohonan kita tadi,
bila diakhirat nanti Allah berikan..
itulah ganjaran yg besar..

mungkin juga Allah dah palingkan kita dari 1 keburukan,
yang sama timbangannya dengan doa yg kita pinta..
Allah selamatkan kita dari 1 bencana,
yang kalau diperhatikan semula,
ia akan menyebabkan mudharat yg mungkin kita tidak dapat tanggung..

Bila kita terlupa tentang 2 situasi tadi,
ia akan menjadikan kita golongan yang "tergesa-gesa"
didalam sepotong hadith yang lain,

Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

 "Do'a seorang hamba akan sentiasa dikabulkan,
selama mana ia tidak berdo'a utk,
berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim,
dan selama mana ia tidak tergesa-gesa,"

ada yang bertanya,
"Ya Rasulullah, apakah itu tergesa-gesa?"

Rasulullah S.A.W. menjawab,
"Jika seseorang berkata,
'aku sudah berdo'a, memohon pada Allah,
tetapi do'aku belum dimakbulkan Allah'
Lalu ia berputus asa dan akhirnya,
ia meninggalkan do'a tersebut"
(Hadith riwayat Muslim)

Dalam hadith ni plak,
Nabi S.A.W. melarang kita dari berputus asa dalam berdoa,
semak semula diri,
mungkin saja kita berdoa dalam keadaan kita membuat maksiat...
mungkin kita boleh pilih waktu do'a yang mustajab,
yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.

Apabila seorang muslim tidak mahu untuk berdo'a,
ia umpama mujahid/ mujahidah di medan perang,
yang tiada senjata ditangannya..
kosong dan akan sentiasa tampak lemah..

Jom berdo'a dengan keyakinan yang Allah akan berikan yang terbaik,
berdo'a dengan penuh keinginan dan amat2 memerlukan pada Allah,
dan jangan tinggalkan do'a tersebut, dan teruskan berdo'a..


DO'A ADALAH SENJATA MUKMIN!!

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara