Sesudah syukur sebagai Muslim, kini masa kita berdakwah...

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Alhamdulillah...kita syukur sbb kita sbagai Muslim...
setiap langkah kita, kita sebagai muslim...
tapi....cukup ke kita jadi baik seorang diri??
atau cukup ka sekadar famili kta ja yg baik??
xnak ajak orang lain?
dakwah utk jadikan orang lain baik sama..
xnak ke?

bila sebut pasal dakwah..
atau ajak orang pada bnda bek..
1st skali msti kita akan rasa kurang dalam diri kita..
tpkan, kita manusia ni x sempurna pasti ada salah silap..
pasti ada kelemahan tersendiri..
sbb tu Imam Hassan Al-Basri pernah kata..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
tidak bererti aku paling baik dikalangan kamu,
sedangkan aku juga banyak melampaui batas terhadap diriku sendiri,
seandainya seseorang hendak memberi nasihat perlu menunggu sehingga ia menjadi sempurna,
nescaya, tidk akan ada yang akan memberi nasihat,
jika ada segelintir yang hendak memberi nasihat pun, 
nescaya tidak akan ada yang akan mengambilnya"
 (disebabkan hakikat manusia yang tidak sempurna).
(Dalam kitab Maw'izhah Lil Imam Hassan Al-Basri)

Ada masa kita akan dikritik, ada masa kita akan dipuji..
saat di puji...jangan plak kita mula bina takabbur..
saat di kritik...jangan plak kita melenting..
dakwah bukan untuk orang yang manja!!

sbb hakikat dakwah,
ada kepahitan yang akan dirasa..
tp igtlah..ganjaran disisi Allah besar..
apa yang penting...
kita perlu berkejaran didalam mengajak kepada kebaikan..

"...Maka berlumba-lumbalah kamu didalam kebaikan.."
(surah Al-Baqarah,148)


1. Gunakan kelebihan diri untuk berdakwah..
bagi yang mampu untuk merubah dengan tindakan,
lakukanlah dengan tindakan,
bagi yang mampu dgn lisan..
buktikan dengan lisan...
bagi yg berbakat dengan tulisan,
gunakan ketajaman mata pena tu utk Islam..
Uslub dakwah itu terbuka!!
apa yang penting, ada digariskan oleh Allah..

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yg baik, 
dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.."
(Surah An-Nahl, 125)

2. Berhikmah ketika menegur dan tegurlah secara peribadi
Jangan kita malukan dia dikhalayak ramai...
jangan pula menegurnya dalam keadaan yang melampaui batas..
terlalu nampak keegoan..
andai dia tersilap..tegurlah secara peribadi...
itu lebih baik..
gunakan bahasa yang lunak tp bukan manja!
itu lebih baik...
mmg sedap kritik orang...sbb x kena kat kita..
cuba letakkan diri kita pada tempat org yg kita tegur...
dgn tindakan kita tu, dia akan terdorong untuk berubah x?

3. Jauhi kritik di belakang

jauhi kritik di belakang..
camna orang yg kita tidak bersetuju tu nak ubah?
sbb kritik di belakang die..
tambahkan sedikit keberanian...
pergilah dengan baik..dan tegurlah...

4. Sentiasa perbaiki diri
Kita selalu tegur orang..
ada masa kita juga akan ditegur..
jangan ego..tp perbaiki diri.
bersyukurlah kerana Allah masih sayang kita,
Allah kirimkan seseorang untuk tegur kita..
mereka tidak biarkan kita terus hanyut..
tidak juga mengkritik dibelakang..
tidak juga membenci dendam...
ingatlah itu selalu wahai para da'ie


Teguran bagaikan kain pengilap,
diguna untuk mengilap permata yang suram,
supaya menjadi berkilau semula.

Comments

Ummu Aiman said…
Post yang sangat bagus dan bermanfaat.. Teruskan menulis.
Adi Wahab said…
ukht farha -- jazakillah khairan...insyaAllah...tp x setanding lagi dgn nti..sekadar termampu.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara