Selangkah ke Alam Perkahwinan..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Sekarang aku dan rakan-rakan dah tahun 4,
kalau jumpa orang ramai...
2 soalan common yang slalu aku dapat...

1. Nak sambung kat mana?
2. Bila nak kawen?

Tahun akhir di U, 
kebanyakan mencari pasangan untuk berkahwen pada waktu ni..
dan ada juga yang dah berkahwen pada waktu ni..
majlis ada yang penuh adat, ada yang simple..
n ada yg nikah dulu..walimah kemudian...
masa ni jugak keinginan untuk berkahwen pon tinggi..

ok..
apa pon..nak share beberapa perkara..
sbgai persiapan kita untuk melayari bahtera baiti jannati ni..

1. Agama...

Ini merupakan tunjang dalam sesebuah keluarga..
dengan agama kita akan membentuk keluarga kita..
dengan agama, kita akan merentas badai fitnah yg menggila..
agama juga yg akan menyelamatkan kita dan keluarga,
dari seksaan api neraka..

Allah menyebut didalam Al-Quran,
surah At-Tahrim ayat 6,

"Wahai orang2 beriman, 
peliharalah diri kamu dan keluargamu,
dari api neraka,
yang bahan bakarnya terdiri daripada, 
manusia dan batu..."

Suami : sudahkah kita bersedia untuk membentuk istri dan zuriat kita dgn acuan agama Allah?
Isteri : Sudahkah persiapkan dirimu dgn agama agar dpt mentaati suamimu dan juga untuk mendidik anak2mu dgn acuan Allah?

2. Tanggungjawab

Ini permasalahan sekarang..
berkahwin hanya kerana cinta..
mereka anggap cinta sudah cukup untuk segala-galanya..
tapi tidak..
keduanya perlu bertanggungjawab...
dulu smua seorang, 
kini sudah berdua..
apa yg nak dilakukan juga perlu difikirkan untuk berdua..
suami perlu memberi nafkah pada isteri...
isteri perlu sedia mentaati setiap arahan suami..
(selagi tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul)

3. Jangan High Expectation

Ni salah satu punca yg sebabkan berlaku byk penceraian,
terlalu high expectation...
suami terlalu nak kan isteri buat semua kerja dengan sempurna..
dari membasuh, masak, gunting rambut, picit kepala, 
jaga anak, dan segala macam yg diistilahkan dgn kerja rumah, 
semua nak dihempapkan atas kepala si istri..
dia ingat si istri akan sentiasa dalam keadaan ok...
sedangkan tidak...ada masa dia akan sedeh,
dan suami pulak tidak bersedia untuk menjadi pendengar setia..
akibatnya, berlaku salah faham....
"Saya xserasi la dengan awak...
sepatutnya awak sempurnakan hidup saya...
tapi tidak..."
Si isteri pulak, 
sentiasa mengharapkan si suami dapat melakukan apa saja untuk die,
mengharapkan si suami sentiasa ada untuk dengar masalah die,
walaupun si suami penat dan tertekan di tmpat kerja@stdy...
sepatutnya istri tidak menambahkan beban pada suami.
kawallah dirimu, kalau benda yg nak diceritakan tu x berat,
simpanlah dulu...k..nnt gaya dah tenang sket..(mlm2 sket ke)
cita la pada dia elok2...
kalau x...salah faham akan berlaku...
terutamanya bila si suami tertekan dan isteri ada prob jgak..
kemudian conclusionnya, mereka kata mereka x serasi..

Bukan x serasi...tp x memahami..
itu yg boleh dikatakan...pertamanya, 
kita perlu tau..pasangan kita itu manusia, 
bukan malaikat atau bidadari syurga lagi...
ni mungkin diperinkat awal,..
kita nak berkahwin...
kita dah fikir ke tentang keadaan 10 tahun kemudian?
masa tu, manis romantik kebnyakan org akan pudar..

Nabi ada ajarkan kita 1 doa,
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu, 
kebaikannya dan kebaikan sikapnya, 
dan aku mohon perlindunganMu,
dari keburukannya dan keburukan sikapnya."
(hadith riwayat Abu Daud)

** Doa ni sunnah dibaca pada pasangan sesudah mereka bernikah..
suami letakkan tangan diatas kepala isteri, 
dan bacalah doa ni..
hiasi malam pertama dengan sunnah!

kita mohon pada Allah agar sentiasa dapat melihat kebaikannya,
dan mohon pada Allah agar,
menjauhkan kita dari keburukan pasangan,
sehingga menyebabkan kita x selesa dengan pasangan..

4. Faham

Memahami...
sepatutnya difikirkan dari awal..
dikaji dari awal...
tempoh pertunangan sepatutnya digunakan untuk mengenal situasi si dia..
kalau nak kawen dgn artis,
sanggup tgk pasangan dipeluk orang??
mendedahkan aurat kepada umum?
dikongsi pandang dengan orang lain?

kalau nak kawen dgn doktor..
sanggup hadapi masalah 'on-call' nya?
sanggup melayan letih pasangan bila bekerja?
dan sanggup mengambil tanggungjawab menjaga anak sorang2,
kalau pasangan ada masalah di hospital??

tu dari segi profesion..
sudut pandang yg lain..
pernah terfikir...
dah sediakah kita nak hadapi,
kalau pasangan kita xdpt berikan kita zuriat?
macam mana kalau 2 hari sesudah kawen..
terlibat dalam kemalangan?
haaa...kita kaweni pasangan kita tu atas dasar apa?
rupa?
harta?
adik beradik yg ramai?
atau kaya?

be prepared.

jadi..
kita semua nak kawen...
apa persiapan yg kita dah buat??
Kahwin bukan cinta sahaja, 
tapi tanggungjawab.

Moga kita dapt membuat persiapan
sebelum melangkah ke alam perkahwinan..

Comments

salam hadi

ihsan illahi, sama2 dlm MPP dlu akan kawen 6 Feb ni kt Pagoh huhu tp aku dah balik kedah waktu tu, just kongsi info, dia ada buat open invitation
Adi Wahab said…
owh ye ka?? insyaAllah...kalau da kelapangan aku p...tp takut dia x kenai aku dah la..hehehe..

pa pon..tahniah pada dia k..

ya Allah, sat ja masa berlalu...dah nak kawen kawan2..
dia ingat punya, tak ingat nak kna sekeh ni haha
ak mmang xdan nak pi sbb ak dah kt kedah wktu tu
Adi Wahab said…
hahaa...Ihsan kawen dgn kawan time foundation jugak ka??

owh..xpa2..tp bila la kita boleh jumpa plak kan..dah lama x jumpa hg ni..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara