Ikhlas Dariku

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Madah dari : Ustaz Akhil Hayy Rawa

**Disampaikan untuk sesiapa yg terasa yg aku tengah bercakap dengan dia**
**Sebab aku dan kamu bersahabat**
**Sebab aku dan kamu bersaudara**
**Sebab aku sayang kamu**
**Kita Nak Menuju pada Tuhan Yang Satu**


Melangkah bersama, Tanpa Sengketa, Didalam Mardhatillah..


Aku bukan seperti yang engkau sangkakan,
Pura-pura didalam berjuang,
Aku tidak pandai menyulam rahsia, 
juga tak pandaiku bermadah pujangga,

Jika ada benci dihati,
Oh, katakanlah padaku,
Relaku terima walau kutukan,
asalkan aqidah terjaga,

kerana tidak sanggup lagi,
mempermainkan dustur ilahi,
hakikat hati tidak terluka,
walau zahirnya ada yang ketawa,

Tuhan ku mohon keampunan,
atas keterlanjuran yg berulang kali,
Teman,kita patrikan disini, 
berakhir sebuah lamunan duniawi,
Terima, Syukur, taufiq Ilahi..

Maaf atas segala salah faham yang berlaku,
aku sayang semua kawan2 aku kerana Allah..
Sayang Kamu Semua Kerana Allah. Uhibbukum Fillah!!


Comments

Anonymous said…
In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

'Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa.'
(az-Zukhruf 43:67)

Thanx for ur often reminds that life is not necessarily about how to survive the storm but instead how to dance in the rain.

Moga ukhwah yg dibina tidak terhenti di dunia...May reunited again in Jannah in the Hereafter..Insha Allah.

"Semoga Allah menyayangimu kerana engkau menyayangiku keranaNya."
***(Doa kepada mereka yang berkata :"Aku menyayangimu kerana Allah, Sahih Abu Daud)

Distance make the heart grow fonder.Moga Allah redha dan permudahkn semuanya untuk kamu..Take care.
Anonymous said…
InsyaAllah....

Jazakallah khairan kathira..

Moga kita dpt bertemu di syurga nnt..

--AFA--

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara