Awek dan Pakwe di Syurga!!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Idea asal : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

(**Artikel ini merupakan artikel yang lama dan disiarkan semula**)
(**dengan sedikit editing pada tajuk dan isi**)

Assalamualaikum....

Selasa ada test...tp malas nak study..


dah bosan sangat...tulis la artikel ni.
hari ni nak bincang ttg isu yg lebih dewasa sket..



~~PASANGAN HIDUP~~

Kalau tgk skarang ni..ramai dah remaja2 kita berkapel2 sana sini.
pendek kata, kalau nak cari yg x kapel tu ade..
tp skit..hehe..


Islam tidak membunuh Fitrah....
tp Islam mengajar kita utk mengawal fitrah
Islam x halang bercinta...
tp Islam mengajar kita cara bercinta.





Kahwin..

nak kawen kena da pasangan..
nak kena cari pulak...
isk3..tp xpe..
kita da guidance dari Nabi S.A.W.

Dari Abu Hurayrah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda,

"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara
1: hartanya
2:keturunannya
3: kecantikannya
4: agamanya
dan pilihlah yg mengamalkan AGAMA,ia akan menyenangkan kamu"

(Hadith Shahih,riwayat Muslim)

Semua orang mengharap dapat pasangan yg baik..
tp kita x berapa nak baik..
layak ke aku dpt pasangan yang baik ni?
ya...semua orang pon layak utk daptkan pasangan yg baik
pastu..apa yg kena buat skrg ni??
haa...xda cara lain..
kena jadik baik juge la...hehhe..
jadi baik skit dmi skit..


Allah da sebut dalam surah An-Nur,ayat 26

"Dan wanita-wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik utk wanita2 yg baik(pula)"
nak cari pasangan zaman sekarang ni susah...
susah nak cari yg lelaki betul2 berpegang pada agama..atau pon nak cari yang perempuan yg camtu..
susah looorrr....

Nak kahwin ni macam kita cari pasangan kita disyurga la..
maksudnye,kalau nak kawen...cari pasangan yg baik.. kekurangan nye, kita tegur dengan cara yg baik.. mentarbiyah dan bimbing utk ke syurga bersama.. pengakhirannya..tetap bersama disyurga..

Bidadari di Syurga




persoalannye sekarang...
ramai ke suami2 yg mampu mendidik istri2??
ramai ke istri2 yg boleh tegur suami kalau suami buat silap??

pendapat peribadi le..golongan camni cam dah semakin berkurangan..
sbb terlalu sayang...
kalau salah pon kate betul..
kadang2,bercanggah dgn Allah dan Rasul pon,
tetap kate betul...sbb nak jaga ati..sbb sayang..
(mohon aku dijauhkan dari perkara ini)







Rasulullah bersabda,

"Kasihilah orang yang kau kasihi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi orang yg kau benci suatu hari nnt,
dan bencilah orang yang kau musuhi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi kesayanganmu suatu hari nnt"

Hadith Riwayat Tirmidzi
Kalau kita betul2 sayang pada pasangan..
kita xkan biarkan dia buat kesalahan yg sama berulang kali..
tp mengingatkannya ttg perintah2 Allah..

Pesanan utk diri sendiri secara khususnya dan sahabat2 secara umumnya..
carilah pasangan sebaiknye..
kalau dah berkenan..kahwinilah dia secepat mungkin..

kita harapkan keberkatan Allah dalam berumahtangga..
jangan cemari awalnya dengan maksiat pada-Nya...


semoga apa yg dikongsi ini dapat memberi manfaat pada orang lain..

Wallahua'lam


Comments

fareezyusoff said…
bukan mu banyak aweks ke? hehe
Anonymous said…
hahaha...

kantoi2..

awek ramai..istri 1 cukup la kot.

hehehehe..

-AFA-
CKB said…
fer..dah kantoi byk awekk..eish3
Adi Wahab said…
hurm...

nampak cam sye ada gaya plyboy ek??

hish...xde laa..
Unknown said…
Di syurga paling minima ada 2 isteri daripada ahli dunia dan 70 bidadari syurga. Ini adalah orang lelaki paling akhir masuk syurga selepas berjuta tahun di dalam neraka. Gred kedua-dua isterinya di syurga adalah gred imannya sendiri di dunia ini.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara