Lidah tidak bertulang..Jari bertulang..

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Terbuku dihati : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Barakillahulana fi shahri ramadhan.
(Berkatilah kami ya Allah di bulan ramadhan ini)
Sebelum mula,
saja nak ulang perkataan imam Hasan Al-Basri,
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, 
bukanlah bererti aku orang yang terbaik dikalangan kamu,
bukan pula yang paling soleh dkalangan kamu,
sedangkan aku juga banyak melampaui batas terhadap diriku sendiri,
Andaikata seorang Muslim tidak memberi nasihat,
sehingga dirinya menjadi sempurna,
nescaya tidak akan para pemberi nasihat"

Lidah tidak bertulang,
itu alasan bila ada perkataan2 tajam terkeluar dari mulut,
ia mampu menggugat ukhuwwah,
ia mampu mengundang fitnah,
ia juga mampu menundukkan negara yang gagah.

Tapi,
Zaman yang sedang mendokong kemajuan ini menyebabkan lidah mempunyai teman,
lidah tidak akan dituduh sendirian,
teman barunya ini akan menemani.
itulah jari untuk menaip.
Pilihan raya yang terakhir,
impak dirasa dek kerana "kuasa" penggunaan jari.
hebat kuasa jari.
berhati-hatilah dengan jari-jari kita juga.

Aku punya kedua anggota ini,
dan aku yakin, 
kedua anggota ini banyak melukakan orang lain,
pada perkara yang tidak sepatutnya,
baik secara langsung,
ataupun tidak.

mohon maaf pada semua.

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara