Inilah Ramadhan yang Terakhir!

Penulis : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi
Sumber Idea : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Bila sebut Ramadhan Terakhir...
Agak common..
semua orang akan fikir ustaz itu akan kata,
"Siapa pon tak tahu, mungkin umur kita tidak sempat sampai ke Ramadhan seterusnya"
jadilah Ramadhan kali ni sbgai ramadhan terakhir sperti yang tertera pada tajuk2 ceramah...

Perkara ini akan amat2 terkesan pada mereka yang sedar
dan ia amat penting untuk diingatkan setiap masa..
Rasulullah S.A.W. pernah menyebut,
"Orang yg paling bijak adalah mereka yg mengingati mati"
Riwayat Muslim dan Ahmad

Apa yang nak dibawa hari ni...
memandang dari sudut yang satu lagi...
sudut nampak dan yang kita dapat jangkakan..
perkara apa yang kita boleh jangka??
situasi tahun ini tidak akan sama dengan situasi tahun depan..
kelapangan tahun ini tidak akan sama dengan kelapangan tahun depan.
rakan tahun ini, mungkin saja sudah bertukar tahun depan..

ini sudut nampak yang saya nak maksudkan..
cuba kita situasikan...
Ramadhan kali ini,
mungkin ramadhan terakhir saya sebagai seorang mahasiswa,
tahun depan mungkin Ramadhan sebagai seorang pekerja.
rakan sudah berbeza,
KESIBUKAN juga akan berbeza.
lebih mencabar.

Ramadhan kali ini,
mungkin ramadhan terakhir saya sebagai seorang bujang,
tahun depan sudah menjadi suami/isteri orang,
KESIBUKAN berbeza,
cabaran berbeza.
pasti lebih mencabar walaupun ia agak menyenangkan jiwa.

Ramadhan kali ni,
mungkin ramadhan saya yang terakhir sebagai seorang yang bernyawa,
tahun depan,sudah dialam lain.
keseorangan dan pastinya lebih mencabar

Seandainya ia merupakan ramadhan terakhir,
bagi beberapa situasi.
Apa yang kita akan lakukan untuk MENGHARGAINYA??
kelapangan waktu yang ada,
adakah digunakan untuk melakukan kebaikan?
atau dibuang dengan perkara yang akhirnya membawa sia-sia??

Pakat transform semuanya!!

1. kita tidak popular, transform utk jadi popular..
Popular disisi Allah..

2. Dari selekeh, kepada yang lebih macho dan ayu,
Macho dan Ayu sebagai seorang Muslim/Muslimah

3. Dari membazir kepada penjimatan,
Penjimatan pahala yang ada,
dengan cara perbaiki yang lemah,
jauhi perkara yang buruk..

Rasulullah bersabda,
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan 
dan mengharapkan ganjaran yg baik dari Allah,
Allah akan mengampuni dosa2nya yang lalu"
Riwayat Bukhari dan Muslim

4. Dari tiada nilai, kepada sangat bernilai
 Bernilai bila menerima Piala Ketaqwaan!

Inilah yang Allah sebutkan didalam surah Al-Baqarah,183
"Wahai orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa 
sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu,
MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"

mudah-mudahan..??
kenapa tak digantikan "pasti"
kerana tidak semua menghargainya.
kita bagaimana??
fikir-fikirlah sendiri.

Selamat ber'transformasi' di Ramadhan yg Terakhir
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara