Antara Cinta dan Persahabatan

Perentak Bicara : Abu Faris 'Audah Abdul Hadi

Nukilan ini khas buat Ummi, Abah, Siti Munirah, Siti Nur Aqilah dan Abdul Muiz,
Merekalah keluarga, merekalah sahabat, merekalah cinta,
Tidak meninggalkan aku disaat lemah tak berdaya, sentiasa ada bersama.
Syukur pada-Mu ya Allah kerna mengurniakan insan seperti mereka.

Keduanya, kepada sahabat2 yang amat aku kasihi. Arman Hadi, Azlan, Hafiz Huzaine, Nor Amin, Hafeez Asyraf dan Zarif (UTM). Sahabat2 yang bagiku, unik.
Sentiasa ceriakan diri ini, dan selalu mendengar dan membantu permasalahan yang ada.
Amat sukar untuk mencari orang seperti kamu. Jazakallah khairan.

Ketiganya, untuk rakan2 seperjuangan yang mengenali dan seringkali membantu.

Antara Cinta dan Persahatan,
Ungkapan yang perlu dipateri bersama,
Pengertian yang mendasar,
Nilaian yang tidak tercapai,
Yang menghiasi kehidupanku.

Cinta,
Suatu kalimah yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana disebalik keindahannya,
Terselit sejuta kepahitan,
Yang merentap kedamaian jiwa,
Mengusutkan pemikiran yang tenang,
Dalam diri si pencinta setia,
Tatkala ikatan diundang resah dan kekecewaan.

Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa,
yang punyai hati jua perasaan,
Tersirat makna dalam anugerah ini,
Tak terungkai dek bicara dibibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Pada diri jua yang mampu merasainya.

Subhanallah,
Syahdunya kurniaan Illahi,
Inilah fitrah,
Terbit dari seorang insan,
Berakal, beremosi, penyayang, dan berperasaan.

Persahabatan,

Suatu ikatan yang terpancar dari hati,
Disemai dengan keikhlasan dan pengorbanan,
Berkongsi tangis,tawa, kasih sayang, serta keakraban,
Sahabat, tempat berbicara setelusnya,
tentang impian dan pengertian kehidupan,
Melakar sejarah, menjulang kegemilangan.

Ukhwah yang suci murni,
Terhindar dari debu pengkhianatan,
Menyelusuri jalan Tuhan disulami benang kejujuran,
Diwarnai keikhlasan,
Dicurahi kasih sejati,
Seandainya wujud gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan,
Jangan dibiar maraknya api permusuhan.

Kamulah sahabat, kamulah teman,
Dari perkenalan kita berjabat tangan,
Kini terhasil sekebun pohon yang rendang,
Menjadi teduhan disaat kita kepanasan,
Tempat bersandar disaat kita keletihan,
Jangan ditebang pohon itu!
Bimbang hilang tidak berganti.

Tersemai tegap pohon persahabatan,
Dipagari dengan besi kedewasaan,
Mekar yang membawa senyuman,
tak tumbang dek rintangan.

hanya satu pintaku,
agar kamu sentiasa mengingati diriku.

Comments

CKB said…
dua2 pon penting..trpulang pd kita untuk mngimbanginya

=D
Adi Wahab said…
betul tu cik yumi..

imbang dan letakkan ia ditempat yg sepatutnya..
pan said…
mcne klu kita xleh nk beza antara kawan dan cinta..kita bercinta bermula dari berkawan..dari kwn maka lahirnye cinta..kita kenali Pencipta maka dgn itu kita akan mcintaiNya..
Adi Wahab said…
Bezanya antara cinta dan kawan..

cinta akan buatkan kita sentiasa igt ttg dia..klu boleh,apa yg dia nak, kita akn penuhkan..n kita amt harapkan dia sentiasa ada bersama dgn kita..

Bercinta dgn Pencipta,jauh lebih mendalam. sebab kita akn dpt semua tuntutan cinta, bila kita bercinta dgn Pencipta..

hope menjawab..(walaupun x pandai ttg cinta..berlatih utk jadi jiwang..utk masa depan..hehe.)

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara