Sewaktu kelas instrumen...

Salam alaik..

sudah terlalu lama tak buka dan "update" blog ini. Kalau diumpamakan dengan bilik, sudah pasti ia akan dipenuhi dengan sawang labah-labah yang merimaskan mata.

Alhamdulillah, dalam kesibukan mengurus kehidupan, perlu juga diselit dengan nilai-nilai tarbiyah atau jika bersastera, kita akan katakan "makanan tenaga untuk rohani."

Hari ini ada kelas "Instrumentation and Measurement in Biomedical" dan kami belajar tentang respiratory system. Dalam bab ini, pensyarah membincangkan bagaimana proses pertukaran gas berlaku di kawasan alveolus (Kata lecturer, kalau guna perkataan alveolus, nampak dewasa sedikit.)

Waktu itu, aku dengar, tetapi pemikiran bagaikan separa sedar. Lihat dan dengar, tidak semua masuk.
Dalam perbincangan itu, pensyarah ada bertanya (pensyarah non muslim) "kenapa Alveolus bulat?". Dia menjawab, "Sebab bulat mempunyai permukaan yang paling luas"


Dengan tidak semena-menanya, bagaikan ada "ting" dikepala ini. Aku teringat akan sesuatu. Orang selalu cakap "bumi yang luas terbentang". Didalam Al-Quran Allah menyebut bumi dengan "hamparan". Ilmua dulu kala, ada yang pernah mengatakan, hamparan yang dimaksudkan bagaikan hamparan tikar. tetapi hamparan yang tersangat luas.

Namun seandainya diperhatikan semula dari kaca mata sains. Benarlah apa yang Allah sebut didalam kitabnya.(tak ingat ayat dan surah secara spesifik).
Bumi yang terbentang/terhampar luas bukanlah dalam bentuk hamparan tikar yang besar seperti yang difahami sesetengah pihak.tetapi apabila berbentuk bulat, itulah seluas-luas hamparan, kerana disetiap sudut ia terhampar, jika berjalan bagai tiada tebing penghujungnya.(sedangkan dia sudah melakukan satu pusingan)


Maha Suci Allah yang memberi pengajaran didalam kitabnya. Kita akan terus melangkah sebagai seorang Muslim dengan penuh rasa syukur seandainya, setiap langkah kita, kita memikirkan Tuhan Yang Menciptakan.

Wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara