Himpunan 100 Amalan Sunnah Yang Shahih

Himpunan 100 Amalan Sunnah Yang Sahih


1. Tidur dengan berwudhu'.

Nabi saw berkata kepada al-Bara' bin `Azib, radhiyallahu `anhu:

(إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ)

<Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersalat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan> [Al-Bukhariy/ 6311] [Muslim/ 2712]


2. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A'isyah radhiyallahu `anha:

(أَنّ النَّبِيَّ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ )

Bahawa Nabi saw apabila dia mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudia dia menghembus pada kedua-duanya, dan dia membaca pada kedua-duanya: Qul huwa Llahu ahad, dan Qul a`uzu birabbi l-falaq, dan Qul a`uzu birabbi n-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-duanya apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dengan kedua-duanya di atas kepalanya dan mukanya dan apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]


3. Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.


`Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata kepada Fatimah r.a. ketika Fatimah meminta agar Nabi memberikannya seorang pembantu:

(أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ)

<Mahukah saya tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil kamu berdua, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka takbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu> [Al-Bukhariy/ 6318]


4- Berdoa ketika bangun dari tidur.


`Ubadah bin As-Samit radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw berkata:

(مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ )

<Sesiapa bangun ketika tengah malam dan dia berkata: La ilaha illa Llahu wahdahu la syarika lah, lahu l-mulku walahu l-hamd, wahuwa `ala kulli syay'in qadir, al-hamdu liLlah, wasubhana Llah, wala ilaha illa Llahu waLlahu akbar, wala hawla wala quwwata illa biLlah (Tiada Tuhan melainkan Allah sendirian-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya kerajaan, dan bagi-Nya pujian, dan Dia - di atas setiap sesuatu - adalah berkuasa. Pujian untuk Allah, dan Maha Suci Allah, dan tiada Tuhan yang melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah). Kemudian dia berkata: Allahumma ghfir li (Ya Allah, ampunkan untuk saya), atau dia berdoa, akan dijawab baginya. Maka jika dia berwudhu' dan bersolat, diterima solatnya> [Al-Bukhariy/ 1154]


5- Berdoa ketika bangun dari tidur.


Daripada Huzayfah bin Al-Yaman radhiyallahu `anhu, Nabi berkata apabila bangun:

(الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ )

<Al-hamdu liLlahi llazi ahyana ba`da ma amatana wa'ilayhi n-nusyur (Segala pujian untuk Allah yang telah menghidupkan kami selepas apa yang Dia telah matikan kami, dan kepada-Nya pengembalian)> [Al-Bukhariy/ 6312]

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara