Kenapa sedih bila diuji?

Assalamualaikum..


Sambil duduk, sambil berfikir..sekurang2nya..x buang masa begitu saja..tp bila org tgk..org nnt kate saye termenung..xpe..xkisah..time termenung tu la..terlintas satu benda di benak fikiran ni..

Ada ke manusia yg tak pernah diuji Allah??

sentiasa senang dan bahagia.xpernah hadapi sbrang kesusahan..dan akhirnya dia berjaya kesyurga...seronoknye kalau boleh jadi orang mcm tu..tapi masalahnya xda org yg cam2..

Dalam surah Al-Baqarah, ayat yg ke 214,
Allah berfirman :

214. adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

dalam surah Al-Ankabuut, ayat 1-3.Allah berfirman :

Alif ,Laam,miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji(dgn sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang -orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yg sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yg berdusta

Dalam ayat diatas, Allah menunjukkan bahawa kita semua pasti diuji..Cumanya, caranya berbeza..Mungkin dengan kekurangan,kesedihan, dan kegagalan...mungkin juga kita diuji dengan kesenangan,kejayaan dan kemewahan yg melimpah ruah..

tapikan kawan2,

antara kita ni..brapa ramai yg berjaya hadapi ujian ni dengan kesabaran??

Ada yg berputus asa dengan ujian...

Ada pulak yang sentiasa berfikiran negatif bila menghadapi ujian..

yg paling teruk skali(tahap paling hampeh la), terburu2 untuk selesaikan permasalahan,

tapi cara yang diambil bercanggah dengan Islam..silap2 boleh rosakkan aqidah..

Na'uzubillah min zalik..

Bila kena uji..
kita akan rasa seperti tak mampu nak tanggung ujian tu..

saya nak ajak kawan2 semua, jom kita motivasikan diri kita dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Dalam surah Al-Baqarah,ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah,ayat 286,

286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

dalam ayat ni pulak, Allah nyatakan kat kita semua..

semua ujian yang kita dapat..kita mampu hadapi sebenarnya..cuma kita ni, bila dapat sesuatu ujian, dia kata "aku x boleh tanggung ini". Kenapa dia tak cari kelebihan dia yg membolehkan dia hadapi ujian ni??

Salah cara berfikir mungkin boleh menyebabkan kita buruk sangka pada Allah.Kita x hadapi ujian seberat para nabi dan orang-orang beriman terdahulu..kalau di malaysia, kita x da peperangan bersenjata..

Jadi, camne kita nak hadapi ujian ni??

saye cuba listkan bbrapa cara utk kita hadapi ujian..Khasnya utk diri sendiri dan umumnya kpda semua pembaca..

  1. Bersyukur kerna Allah masih sudi menguji kita..Inilah peluang utk menghapus dosa, iktiraf iman kita dan juga mendapat kebaikan dari Allah..

Dalam satu hadith daridapa Abu Sa'id dan Abu Hurairah R.Anhuma,daripada Nabi Shallallhu 'alaihi wassalam. Baginda bersabda

"Seseorang muslim tidak ditimpa dengan rasa letih,penyakit,gelisah,sedih, gangguan ataupun gundah hingga duri yang menusuk pada dirinya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"

(hadith Shahih,Muttafaq 'alaihi)

*Hadith lain yang ada menyatakan ttg kebaikan ditimpa ujian boleh rujuk Riadhus Shalihin, jilid 1, hadith 38-40,ms 80-81, cetakan Al-Hidayah Publication

Satu lagi hadith daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata

"Rasulullah Shallallhu 'alaihi wassalam bersabda "Barangsiapa yang dikehenndaki baik pada Allah, maka Dia akan menimpakan (musibah) kepadanya""

(hadith Shahih,Muttafaq 'alaihi)


Jadi bersyukurlah atas ujian yg kita hadapi

2. Jadikan ujian yg menimpa sebagai satu pemangkin utk kita lebihkuat berusaha dan memperbaiki diri.

3. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Segalanya pasti ada hikmahnya.

Mungkin kita akan nampak hikmahnya pada saat kita diuji, dan mungkin juga sesudah kita diuji.

Saya harap..kita semua dapat memperbaiki kelemahan kita, terutama diri saya sendiri bila kita berdepan dengan sesuatu ujian atau musibah..

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa..Allahumma Ameen..

Comments

Anonymous said…
...,sekalipun(syurga itu) tidak tampak. Sungguh,(janji Allah) itu pasti ditepati. -Maryam:61

Bersabarlah,sesungguhnya garis kehidupan ini merupakan satu ujian.
Tenangkan hatimu dgn janji2 Allah yg pasti.
Segala persoalan hati kita telah Dia jawab melalui ayat2 cintaNya.
Barakallahufik
Anonymous said…
Akhifillah,
usahamu mgkin membuah hasil jika kau spt org biasa,namun hakikatnya kau org yg tahu ayat2Nya. Jadi,mungkin saja Dia mahukan usaha yg lebih lagi. Mujahadah scra total.
Ayuh mujahid!

- Miftahul Huda
Adi Wahab said…
Jazakallah khair kathira 'Alaikum...

thanks atas semangat yg diberikan...amat2 berguna utk diri yg lemah ni..

Kearah nilaian taqwa yg tertinggi..

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara