Warisan atau kefahaman??


Masa terus berlalu meninggalkan kita, namun bertapa kita menghargai nikmat Islam yang telah dianugerahkan. Adakah Islam yang kita ada ini, sekadar “Agama Warisan” ataupun beramal dengan Kefahaman yang Shahih??


Apabila kita bertanyakan kepada sahabat-sahabat kita, “bagaimana kamu bersolat?”. Ada yg akan menjawab, “Ustaz ajar begini dan begini” dan ada juga yang menjawab “Orang selalu buat begini,begini la”. Jarang-jarang yang menjawab, “Aku lakukan begini kerana Nabi lakukan begini.Ada hadith shahih menerangkan begini”.


Persoalan kepada kita umat Islam, adakah kita sekadar “Pak Turut” dalam beragama atau sebaliknya? Sejarah telah mengajar kita, akibat yang berlaku apabila terlalu ramai “Pak Turut” di dalam hal beragama. Ini menyebabkan mereka yang berpengaruh berani untuk mengubahsuai agama kepada bentuk yang mereka ingini,mengubah agama untuk kepentingan diri dan sebagainya. Saya tertarik dengan kata-kata Syeikh Saffiyur Rahman Al-Mubarakfuri, “Orang-orang musyrikin mengatakan bahawa mereka sebagai pengikut agama Nabi Ibrahim sama sekali tidak menjalankan perintah dan larangan yang berdasarkan syariat Nabi Ibrahim. Mereka mengabaikan kemuliaan-kemuliaan akhlak yang terdapat dalam syariat Nabi Ibrahim. Lantaran itu banyak kemaksiatan terjadi dikalangan para penyembah berhala, iaitu adat resam dan tradisi yang berbentuk khurafat.”(Ar-Rahiq Al-Makhtum,M/surat 39,terbitan YADIM)


Allah mengingatkan kita didalam surah Al-A’raf ayat ke 28,


#sŒÎ)ur (#qè=yèsù Zpt±Ås»sù (#qä9$s% $tRôy`ur !$pköŽn=tæ $tRuä!$t/#uä ª!$#ur $tRzsDr& $pkÍ5 3 ö@è% žcÎ) ©!$# Ÿw âßDù'tƒ Ïä!$t±ósxÿø9$$Î/ ( tbqä9qà)s?r& n?tã «!$# $tB Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÑÈ


28. Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji[532], mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?

[532] seperti: syirik, thawaf telanjang di sekeliling ka'bah dan sebagainya.


Ayat diatas diturunkan untuk menegur kaum arab jahiliyyah yang berthawaf di Baitullah Al-Haram dalam keadaan bertelanjang bagi yang lelaki dan berpakaian jarang bagi wanita seperti pakaian ketika mereka berada dirumah. (Rujuk Ar-Rahiq Al-Makhtum,Bab Agama orang Arab,m/surat 36). Mereka lakukan perbuatan yg sungguh pelik ini kerana amalan ini telah dilakukan oleh datuk nenek mereka dan menyangka ianya adalah perintah dari Allah dan berniat utk mendekatkan diri dengan Allah. Dan Allah menyuruh mereka utk berpakaian yg baik ketika hendak ke masjid,


* ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä (#räè{ ö/ä3tGt^ƒÎ yZÏã Èe@ä. 7Éfó¡tB ..


31. Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[534], ..

[534] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.



Dahulu, kita pernah mendengar berkaitan Mandi Bunga, Lenggang Perut, dan Memakaikan Tangkal pada bayi yang baru lahir. Bila kita tanyakan pada mereka,ada yg menjawab “Kami telah berdoa,tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku”,ada pula yg berkata “Orang lain buat benda ini juga,dan mereka dapat apa yang mereka minta itu”, dan “Bomoh kata benda ni bagus”. Amalan-amalan seperti ini semakin berkurang di telan zaman,namun masih ada segelintir manusia yang terus menerus mempercayai amalan-amalan ini. Ingatlah saudara-saudaraku,perkara-perkara sebegini boleh merosakkan aqidah seseorang itu kerana dia telah mempercayai pada benda lain selain Allah atau dalam kata lain MEREKA MEMPERSEKUTUKAN ALLAH!! Mereka juga tidak yakin pada Rahmat Allah. Semoga Allah menjauhi kita dari perkara-perkara sebegitu.


Islam mengajar kita supaya DOA, USAHA, TAWAKAL. Kita sudah buat semua itu?Jika kita doa tanpa usaha, kita akan putus asa pada Allah. Jika kita Usaha tanpa Doa dan Tawakal, kita akan kecewa dan tidak bersyukur. Jangan pula kita mudah berputus asa, dan berasa Allah tidak kabulkan doa.


Dari Abu Hurairah R.A.,ia berkata, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:


“Do’a seseorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selama ia tidak berdo’a untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim, selama ia tidak meminta dengan isti’jal(tergesa-gesa)


Sahabat bertanya, “Apakah itu isti’jal(tergesa-gesa) Ya Rasulullah?”


Rasulullah menjawab “Jika seseorang berkata : ‘Aku sudah berdo’a, memohon pada Allah, tetapi Allah belum mengabulkan do’aku’. Lalu dia berputus asa dan akhirnya meninggalkan do’anya itu”


[Hadith Shahih, Riwayat Imam Muslim IV/2096,no 2735(92)]


Wahai saudara seIslam, cakap orang ramai atau adat jangan jadikan ia sebagai 1 perkara dalam agama atau penentu kebenaran sesuatu amalan. Kadangkala, kita menyanjung orang ramai atau adat sehingga sama dengan agama,malah lebih teruk lagi,ada yang menganggap adat itu agama. Ingatlah pada pesan Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam kita


“Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kami yang bukan berasal darinya, maka ianya(perbuatan itu) tertolak”


(Riwayat Al-Bukhari (Fathul Baari, V/301,no 2697, Riwayat Muslim no 1718. Melalui jalan periwayatan dari Aisyah R.A.)


Berdasarkan hadith diatas, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam melarang kita membuat sesuatu amalan dalam urusan agama yang tidak pernah diajar oleh Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam,tetapi jika mereka buat juga, maka amalan itu tertolak dan sia-sia. Inilah peri pentingnya kita memahami setiap tindakan dalam ibadah kita agar kita tidak melakukan perkara yang sia-sia dan kita dapat bezakan antara “ADAT” dan juga “IBADAT”, antara “SHAHIH” dan “BATHIL”.


Diriwayatkan dari ‘Irbad bin Sariyyah dalam satu hadith yg panjang,Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pernah bersabda,


“Kamu semua hendaklah berpegang teguh dengan sunnahku (setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mereka diberikan petunjuk,dan mereka sesudah mereka itu (para Tabi’in), berpeganglah kepada sunnah itu dan gigitlah dengan geraham kamu sekuat-kuatnya,serta jauhilah perbuatan baru(dalam agama),kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”


(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud,no 4607, At-Tirmidzi,no 2676,Hadith ini Shahih dari Al-‘Irbad Bin Sariyyah. Shahiih Mawaridizh Zham-aan,no 88, Shahiih Abi Dawud,no 3851)


Kita tinggalkan sebentar berkaitan isu bid’ah tetapi ketengahkan bagaimanakah kita hendak mengetahui sesuatu perkara itu memang berasal dari sunnah Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam?


Didalam hadith shahih Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,


“Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak sesekali akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya,iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan sunnahku”


(Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwattha’,Rujuk Program Maktabah Syarmilah, Kitab Muwattha’ Malik, no 1395, jilid 5,m/surat 371.Hadith ini shahih menurut penilaian Syeikh Nashiruddin Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadiits As-Shahihah, no 1761)


Wahai saudara sekalian, kembalilah kepada Islam yang sebenar seperti yang dibawa oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Pastikan setiap ibadah yang kita lakukan mempunyai hujah dari Al-Quran dan Sunnah yang Shahih agar kita melakukannya dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Jauhi sikap mengikut secara membuta tuli tanpa mengetahui dari mana datangnya amalan itu.


Wallahua’lam.


-Abu Faris ‘Audah-

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara