Impian : Daerah Dunia atau Negara Akhirat??

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari Akhirat, Bagaikan anak-anak akhirat...yang melihat dunia dari jendela akhirat"

- Ammar Zulkifli -





Bukanlah utk memuja Ammar..
tapi hendak mengambil semangat mudanya..
semangat jihadnya walaupun ketika dia kemalangan..
difahamkan di Mesir, mereka ketika itu sedang menduduki peperiksaan.

kita belajar bukanlah untuk mengejar syllibus atau mendapat dekan saja..
tapi bila dapat pa yg diimpi, redha Allah xbersama kita..
rugi sangat2.


Jangan cari ilmu untuk kejayaan semata2,
tapi redha Allah tidak bersama
Tapi
Carilah ilmu kerana Allah...
nanti Allah akan hadiahkan kepada kita kejayaan..
mungkin result kita kurang cemerlang..
tapi kita boleh lebih berjaya bila terjun ke dunia luar..

Apabila hati kita mencintai akhirat..
segala amalan perbuatan kita akan tertumpu utk kesana..
pada ketika itu, dunia akan datang kepada kita dalam keadaan yg hina..
seperti kita melihat dunia dari jendela akhirat..


Apalah erti kemewahan dan kesenangan dunia,
sedangkan dunia bagaikan sedetik waktu.
Kemenangan akhirat lebih bermakna,
kerana waktu selebihnya adalah akhirat yg tiada penghujung.

"Ssesiapa yg melakukan sesuatu kerana dunia, Allah akan memecahbelahkan urusannya, dan akan dijadikan kemiskinan antara 2 matanya. Dan dia tidak akan mendapat apa-apa dari dunia, melainkan apa yang telah ditulis utknya.(didunia).

dan


Sesiapa yg melakukan sesuatu dan niatnya kerna akhirat.Allah akan mempermudahkan segala urusannya, Allah akan menjadikan kekayaan didalam hatinya. dan dunia akan datang tunduk dihadapan kakinya(dlm keadaan hina)"


riwayat Ahmad.

kita sekarang,

Antara dua pilihan..
Pilihlah yang mana kita suka,
antara kemewahan dunia semata?
atau Kenikmatan syurga?


Didalam surah al-Ankaabut ayat yang ke 64..
Allah berfirman
" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan,
Dan sesungguhnya neegeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui"

- Al-Ankaabut,64 -


Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara