Haji Tanpa Mahram..

Ini berkaitan perbincangan ttg mahram..mungkin ada sahabat yg pernah bertanya...ini pendapat2 nye..

dipetik dari http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34846&sid=3168ef3677d3b435e2181976e55692ab

Beikut kami ringkaskan fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan wanita keluar menunaikan Haji tanpa mahram :-

Prinsip didalam syariah adalah wanita tidak dibenarkan bermusafir berseorangan. Adalah wajib baginya ditemani oleh suami atau mahramnya. Peraturan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Ibn 'Abbas ra. bahawa Nabi saw bersabda :

لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم
"Tidak boleh seorang wanita bermusafir melainkan ditemani mahramnya, tidak boleh masuk keatasnya melainkan bersamanya mahram"

Asas kepada hukum ini bukanlah andaian buruk mengenai wanita dan akhlaknya sepertimana wujud dikalangan manusia yang mengatakan begitu, akan tetapi adalah kerana untuk menjaga reputasi dan kehormatannya. Larangan ini adalah untuk melindunginya dari keinginan mereka yang hatinya berpenyakit, atau diganggu oleh perogol ataupun pencuri. Malah, lebih-lebih lagi larangan berkuat-kuasa jika tempat yang ingin dilalui itu seperti padang pasir, dimana pada waktu tersebut tiada jaminan keselamatan dan juga pada tempat-tempat yang kurang pendudukannya.

Persoalannya, apakah hukum bagi wanita yang tidak mempunyai mahram untuk bersamanya didalam perjalanan yang syarie, samada wajib, mustahab (sunat) atau mubah (harus)? Pada masa itu pula terdapat sekumpulan lelaki yang dapat melindunginya, atau wanita-wanita yang dipercayai, atau jalan-jalan yang selamat. Para ulama' telah menyelidiki hal ini setiap kali mereka berbicara mengenai kewajipan haji keatas wanita, dan mereka sentiasa beringat dengan larangan Nabi saw terhadap wanita yang bermusafir tanpa mahram.

1. Dikalangan mereka berpegang kepada hadith tersebut, dimana mereka melarang bermusafir tanpa mahram walaupun Haji adalah ibadat wajib, tanpa ada sebarang pengecualian.

2. Ada yang membenarkan wanita tua yang sudah melebihi umur yang terdedah kepada godaan, sebagaimana riwayat al-Qadi ibn al-Walid al-Yaji, dari Mazhab Maliki.

3. Ada juga dikalangan mereka yang membuat pengecualian jika terdapat wanita-wanita yang dipercayai bersamanya.

4. Ada juga pendapat yang menyebut dengan pengecualian perjalanan mesti selamat. Ini merupakan pandangan Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah. Beliau mengatakan bahawa Ibn Muflih didalam al-faru' berkata : Setiap wanita boleh menunaikan Haji tanpa mahram selama-mana dia berada didalam keadaan selamat.

al-Artham meriwayatkan dari Imam Ahmad bahawa : Mahram bukanlah syarat didalam wajib Haji. Justifikasinya adalah : kerana jika dia keluar bersama wanita lain, dan bersama mereka dia telah berada didalam keadaan selamat.

Ibn Sirin berkata : Jika bermusafir bersama orang Islam maka adalah dibenarkan (La Ba'sa).

Al-Awzal mengatakan : dibenarkan jika bersama kumpulan yang adil.

al-Syafie mengatakan : bersama wanita yang thiqah (dipercayai).

Tujuannya adalah atas dasar mempertahankan dan melindunginya, dan dikuti dengan perjalanan yang selamat dan bersama lelaki yang dipercayai dan wanita.

Terdapat dalil yang membenarkan wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat terdapatnya keselamatan dan kehadiran mereka-mereka yang dipercayai. Sebagaimana yang dilaporkan al-Bukhari dimasa Haji terakhir Umar ibn al-Khattab ra. yang memberi izin isteri-isteri Nabi saw kebenaran menunaikan Haji. Beliau telah menghantar Uthman ra. dan Abdul Rahman Ibn Auf. Perbuatan ini dipersetujui oleh semua pihak.

Disini al-Qaradhawi meletakkan 2 kaedah tambahan :-

1. Asas hukum ini memfokuskan kepada maksud dan tujuan. Ini bertentangan dengan hukum ibadat, yang tujuannya memfokuskan kepada mentaati perintah Allah, sebelum menumpukan kepada maksud dan tujuan, sebagaimana yang dipegang oleh Imam al-Shatibi.

2. Perkara yang diharamkam tidak dibenarkan melainkan pada masa dalurat. Perkara yang dilarang pada masa tersebut dibenarkan. Tidak di sangsi lagi bahawa larangan wanita bermusafir tanpa mahram adalah bertujuan menutup pintu-pintu kejahatan.

Hendaklah kita melihat situasi bermusafir pada masa ini yang jauh berbeza pada zaman dahulu. Ia tidak lagi diliputi oleh bahaya diganggu di padang pasir, atau berdepan dengan pencuri, penyamun lebuhraya dsb. Pada amsa ini, permusafiran menggunakan kenderaan-kenderaan moden yang boleh membawa jumlah orang yang ramai pada satu masa, seperti kapal laut, kapal terbang, bas atau karavan. Malah ini menyediakan keyakinan dan kepercayaan, dan membuang perasaan takut dikalangan wanita, kerana dia tidak berseorangan dimana-mana tempat.

Malah kata al-Qaradhawi, dia tidak melihat sebarang tentangan kepada wanita melakukan Haji didalam lingkungan suasana yang selamat, yang menyediakan keperluan keselamatan.

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610316

=======

Malah Dr Soad Saleh, Professor Syariah Universiti al-Azhar menyebut bahawa syarat ditemani mahram adalah kerana keadaan perjalanan yang tidak selamat. Apabila wujud perkembangan yang positif (ciri2 keselamatan dan selamat perjalanan), maka dia lebih cederung kepada Mazhab Syafie dan Maliki yang meletakkan keizinan suami sebagai syarat jika di berkahwin, atau keizinan wali jika dia belum berkahwin. WA.

Sekian, wassalam

_________________
خيرالأمين
http://kaminms.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara