Andai langkah kita terpisah...

Andai langkahku bersamamu terpisah...
Aku harapkan kau akan melakar pelangi kegemilangan.


Tintaku kali ini untuk sahabat2 perjuangan,
khasnya kepada seorang insan yg mungkin terluka
kerna diri ini..


Sahabat..
Masa kita bersama didunia tidaklah panjang.
Misi kita bukan kejayaan disini,
tapi kegemilangan di negera Abadi,
disana ada sungai yg airnya berlari-lari.


Janganlah kerna satu kesedihan hari ini,
kau terlupa akan sinar mendatang pada esok hari,
Janganlah berputus asa,
sehingga kau terlupa misi kita yang utama,

Kemenangan disisi Tuhan aku dan kamu Yang Maha Berkuasa.

Jangan tertipu dengan fatamorgana dunia,
Jangan tertipu dengan sandiwara nafsu yg membuatkan kamu terleka,
Pandang kedepan dan terus melangkah dengan berani.

Aku tahu kamu kuat dan tabah,
Dikala kamu ditimpa ujian,
kau kelihatan tumbang tanpa daya,
tapi dengan kekuatan tersendiri,
kau mampu bangun dan terus berjuang.

Berhentilah menangis,
Kerna aku tidak suka lihat kamu menangis,
hidup mesti diteruskan,
aku sentiasa doakan kamu dari sini,
lakarlah pelangi kegemilangan,
aku tahu kamu mampu melakukannya.

Yakinlah,
Bangkitlah dengan kekuatan,

Mujahadah dengan keimanan,
aku percaya kamu.


Dari sahabat utk sahabat melalui jambatan keimanan yg teramat kukuh binaannya.


Semoga kita sama2 ditempatkan disyurga-Nya.

Comments

Anonymous said…
" Andai langkah kita terpisah..."
Try baca sajak ni,rasanya something wrong antara isi sajak dan tajuk. Macam ada yg tak kena dan xselari..
Atau mungkin ada yg tersirat??
Anonymous said…
Mungkin apa yang nak disampaikan..

nasihat pada kawannya, bila mereka berpisah...

*pendapat saya

ok jah tajuk tu..
Anonymous said…
abu faris,

daripada hadis riwayat Anas ibnu Malik ra, dari Rasulullah SAW bersabda : Salah satu di antara kalian tidak disebut beriman sebelum dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

saya berharap saya berupaya mencintai kamu, iaitu saudara saya. sepertimana saya mencintai diri saya.

terima kasih atas segalanya. bawalah saya terbang mencari sinar hakiki. yang sungguh belum saya temui sampai tika ini.

ummu luqman
Adi Wahab said…
anonoymous 1 - Syukran atas komen enta...enta da cadangan pe2 x utk tjuk yg sesuai?


anonymous 2- syukran

ummu luqman - Hadith yg enti bawa hadith shahih, muttafaq 'alaihi..(skadar utk makluman utk para pembaca)

Mudah-mudahan Allah menjaga kita..Allahumma Ameen
Aura Besi said…
let fate fares u.. He knows the best.

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara