Aku Wahhabi???

Assalamulaikum..

Hari ni nak berbincang sket berkaitan isu yg boleh dikatakan sensitif la kalau kat malaysia ni...

"WAHHABI"

wahhabi tu apa ye sebenarnya??? kalau tanye aku,aku mmg wahhabi...sbb nama aku Abdul Hadi Bin Abdul Wahab..Aku jadi Wahhabi sejak aku dilahirkan...tp betul ke org mesia nak kate geng "wahhabi" ni,

persatuan anak2 yg nama bapa mereka Abdul Wahab??

sebab pe popular 1 dunia ek istilah ni??

orang yg ske melabel org wahhabi ni tau ke ek pe tu wahhabi??

Ok...aku citakan jawapan2 yg aku dapat dari kawan2 bila kita tanya diorg "APA TU WAHHABI?"
  1. Wahhabi ni mcm tok arab tu la..depa xbaca qunut time subuh, depa ni xmau zikir n doa lepas solat...
  2. Wahhabi ni depa xmau buat kenduri arwah...depa x mau baca yassin...
  3. Wahhabi ni diorg ske bid'ah kan org...Kita kena igt, ISLAM tu mmg mudah..tapi jgn kita memudah-mudahkan ikut ske kita jek..
Aku bawakan 3 jawapan je dulu..yg lain2 kita akan bincang kemudian..erm..ni tanggapan dari remaja2 yg lebih kurang sama umur diorg dgn aku...

Ada 1 kes plak...kes ni blaku kat penang..dalam 1 kuliah agama.. Ada sorang tanye kat Ustaz tu..

"Ustaz apa hukum Talfiq(campur mazhab)? Imam Syafiee da sebut dalam kitabnya "Izaa Shahhal Hadiith.Fahuwa Mazhabi"(Bila datangnya sesuatu hadith yg shahih, maka itulah mazhabku)

Ustaz itu dengan spontannya menjawab "Talfiq itu haram,ini semua soalan wahhabi"

hurm..1 lagi jawapan..jadi sapa sebenarnya wahhabi???
(nak ceritakan semua,panjang..insyaAllah..saya akan cuba ringkaskan sebaik mungkin)


Ok..aku bercerita..wahhabi ni asalnya dari Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab,SMAW(lahir di 'Uyainah pada tahun 1115H(1703M))...sebab pe org melenting kat die nie??

Antara golongan yg menentang die..
  1. Golongan Ulama' yg hanya bergantung pada dakyah2 yg mmbesarkan kubur2 dan qubbah2 yg dihiasi dgn corak sgt takut dan bimbang thadap dakwah salafiah yg dibawa oleh SMAW.Lalu mereka menentang utk menjaga sumber rezki merka..
  2. Sesetengah Ulama' yg x dapat gmbaran yg jelas dan tpat ttg SMAW dan dakwahnya. Mereka skadar mendgr drpd org yg berhasad dengki dan memburuk-burukan SMAW tnpa merujuk trus kpda kitab2 karangn SMAW..
SMAW ni orang tuduh dia buat mazhab kelima la...orang tuduh dia xberpegang pada mazhab len la...mcm2..tapi kalau kita baca dalam kitab2 die sendiri, die nyatakan dia bermazhab Hanbali..

(Rujukkan : SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB, oleh Ustaz Muhammad Qadir Al-Mandeely,kertas kerja ini dibentang oleh Ustz Wan Zahidi Wan Teh)

Serba ringkas ttg latar belakang Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab yg orang kate "wahhabi" ni diambil dari nama die..

Kat mesia skrg ni, masalah membesar2kan kubur kat mesia ni dah kurang bnyk(wlupon masih da)...tp sbb pe wahhabi ni dianggap mcm 1 benda yg xelok??

Saye pelik sgt bila pendakwah2 yg cuba bezakan antara "adat" dan "Ibadat",dia dilabelkan sebagai wahhabi.

Kalau kita beramal spti yg disebut dalam hadith shahih tp kat mesia org xbuat, kita akan dilabel wahhabi..

Pendek kata, kalau sama xsama amalan dgn masyarakat setempat,dia adalah wahhabi.sedangkan ramai yg tidak tahu amalan mereka itu adakah betul-betul bertepatan dgn Nabi.

Agama bukanlah agama atuk nenek kita, yg kita boleh tokok tambah sesuka hati ikut hawa nafsu kita @ utk kpentingan diri kita..

Tapi agama hak milik Allah 'Azza wajalla..Allah mengajarkan kita ttg agama melalui Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya..jadi, kalau kita nak buat sesuatu benda tu, biarlah ada hujah dari Al-Quran dan Sunnah Nabi..

Buat apa yg disuruh, tinggalkan apa yg dilarang..Bukannya kita mengubah agama mngikut kesesuaian kita..artikel saya sebelum ini saya telah menyebut berkaitan antara warisan dan kefahaman..dalam artikel tu jugak saya da nyatakan hujah2 bagaimana adab kita terhadap agama yg Allah ini.

Saya tidak stuju dgn mereka yg melabel org wahhabi,sedangkan mereka tidak mengetahui langsung ttg perkara itu.

Allah memberi amaran kepada kita dalam surah Al-Hujurat Ayat 6

6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu


Igt..dalam Islam, kita tidak diajar untuk taksub berlebih2an..kerana itu menyebabkan kita menjadi "bodoh" dan sempit pemikiran..hanya mereka yg betul dan orang lain salah..

Jika kita tidak bersetuju dgn apa yg dia cakap@ amalan yg dia lakukan, bawakan hujah dari Quran dan Sunnah yg shahih terutamanya dalam hal2 berkaitan ibadah...

Didalam hal Ibadah, semua ibadah itu terbatal sehinggalah datang dalil yg membolehkan..
berlainan dalam hal muamalat(urusan dunia), semua hal berkaitan muamalat boleh,melainkan dtg dalil mengharamkannya..

contohnye,
Solat Isya contohnye, mengapa dimasa lapang kita tidak buat 8 rakaat?tapi kita buat 4 sahaja.
sebabnya dalil datang menyatakan bahawa solat isya 4 rakaat..jadi kita xboleh menambah sesuka hati kita.

dalam hal muamalat pula, Allah menghalalkan jual beli @ perniagaan,tetapi Allah mengharamkan riba.

Kepada sahbat2 yg saya kasihi, saya mngajak semua utk kita faham dalam isu agama,bukannya mngikut scra membuta tuli..biar kita tahu amalan yg kita buat itu, adakah ia berasal dari nabi @ tidak..

Akhir kalam, saya memohon maaf seandainya ada tersalah kata atau terlajak bahasa..jika ada teguran @nasihat..boleh hantar komen pada saya.

Wallahua'lam

Abu Faris 'Audah

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara