Tok Imam warisan @ Kelayakan??

Assalamualaikum...
ni artikel kedua yg abu faris tulis hari ni..sbb nak share 1 benda yg rasanya nampak simple je,.tp ttap nak share jugak..haha..

Ok..lepas dah abis final abu faris terus balik rumah..sbb 1 mei nak g kl dgn famili...makan kenduri..wahh...sedap2.lapar jadinye.walimah ni sunnah,seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah bersabda "Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing".
Misi tulis artikel ni bukan la nak cerita sedapnya nasi kenduri@ cantiknya pengantin..tp berkaitan isu akad nikah..

Cerita die mula camni..petang jumaat pas solat asar,abu faris tunggu le kat masjid tu..kazen nak nikah..lepas diorg siapkan segala yang diperlukan.tok qadhi tu pon mula la berkhutbah..dengar la..da gak le ilmu rumahtangga yang aku dapat..hehe..bleh la nikah awal kalau camni..insyaAllah.

Now..tibalah masa yang ditunggu2 oleh kedua2 pengantin..upacara akad nikah. Mamu Rafeek (my Uncle) yang nikahkan sendiri.. Mamu Rafeq pun mula bercakap "Aku nikah akan dikau Muhammad Fariz dengan anakku Haifa Amanatul Hafidz Bt Abdul Rafeek dengan maskahwin-nya 80 ringgit tunai"...

Si pengantin lelaki pon dengan machonye jawab la "Aku terima nikahnya Haifa Amanatul Hafidz Bt Abdul Rafeek dengan maskahwin 80 ringgit tunai"..

Abu faris dengar..abu faris lak hepy..hahaha..alhamdulillah...tp keadaan jadi senyap kejap..alih2 kena ulang sekali lagi,tok imam yang bagi khutbah tadik suruh ulang balik..pelik..Apa problemnya..Lepas dah abis,Abu faris tanya kat abi..abi jadi saksi..abi kata imam tu suruh ulang balik sebab pengantin lelaki sebut maskahwin bukan maskahwin-nya...Adoih...terus terpikir..sape la yang kasik tauliah kat imam ni...kenape la yang dia suka sangat buli orang,..dia xpernah tgk pada sirah nabi ke???

Dalam Islam,akad nikah sah kalau si ayah kata "aku kahwinkan kau dengan anak-ku Siti Aminah" dan si pengantin hanya jawab "saya terima"..sahlah akad tu...subhanallah..mudahnya Islam..xda unsur buli langsung.

Sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

* diambil dari artikel drmaza..

Tak perlu pada keterikatan lafaz spti yg tok kadi kita baca..ada orang tanya kan kita mana kita tau lafaz tu sah?? hah, inilah jawapannya..jangan la kita terlalu terikut adat sampai biarkan golongan yang di gelar "USTAZ" ni mendominasi agama secara keterlaluan...kemudian kita pula benarkan..bila ditegur,katanya "kamu siapa kalau nak dibandingkan dengan ustaz tu?","kamu ni golongan anti ulama,xnak amik kata2 ulama langsung" dan mcm2 lagi yg akan ditohmah..

Ya..kita hormati golongan yg digelar "USTAZ" ni..tapi ingat mereka ada silapnya, Benar kita kata benar,kalau salah kita kena kata salah..jangan plak sbb dia ustaz kita kata yg salah tu benar..kononnya,mesti dia mesti betulnye..kita tidak anti ulama,tpi kita anti ulama yg suka berdusta atas nama nabi..tidak adil jika kerna kita tidak bersetuju dengan pandangan seseorang ulama,kita digelar anti ulama secara keseluruhannya..ulama perlu membawa hujah dari Nas2 yg shahih...pemikiran seperti ini perlu dikikis...
Barulah kesyumulan tidak dicacatkan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab..

Hurm.dah panjang sgt..apa2 pon..Slamat pengantin baru pada kak haifa..Moga bahagia bukan setakat keanak cucu..tetapi sampai ke syurga...insyaAllah..ameen..

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara