Bisikan Kerinduan

Kita sukar membina kerpercayaan,
tetapi ia mudah untuk diruntuhkan.

Kekuatan diperlukan untuk mempertahankan,
kesabaran dalam semua dugaan,
Kadang2 mampu menggugat iman

Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang bersyukur,
jadikanlah aku hamba yang bersabar,
Agar aku sentiasa redha dgn setiap ketentuan.

Sesekali,
Titisan air mata berguguran utk memujuk duka,
Hati yg tercalar parah kerna ditimpa musibah,
Dek kerana kesilapan sendiri,
Keterlanjuran diri dlm berkata,
Aku manusia yg penuh dgn salah dan lupa.

Tetapi,
Duka yg dialami pasti menjadi indah,
Satu kenangan dlm menjadikan diri insan bertakwa,
Berkat kesabaran sesudah diuji.

Doaku padamu Ya Allah,
Jngnlah Engkau(Allah) serahkan diriku pda diriku,
nescaya aku akan menzalimi diriku sendiri,
dan jgnlah Engkau serahkan diriku kepada org lain,
nescaya mereka akan lalai(binasakan) aku.

Bimbinglah kami Ya Allah,
kurniakanlah kami kekuatan utk bertaut pd Engkau,
Hapuskanlah sifat mazmumah dlm diri kami,
Hiaskanlah kami dgn sifat2 mahmudah.

Kabulkanlah doa kami ini Ya Allah..

Amin

nukilan
-Mujahidin Pro Tajdid-

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara