TOLONG TANYA PADA MEREKA!




BENARKAH MEREKA INI PEJUANG ASWJ???









Tanyakan pada mereka...

  • Dari mana mereka (Puak Ahbash) tahu tentang nama ayah Dr MAZA adalah Abu Talib dan bukannya Zainal Abidin? Dalam artikel yg menyatakan nama ayah Dr MAZA adalah Abu Talib,mereka tidak menyatakan dari mana mereka ambil fakta itu....
Dalam surah Al-Hujjurat,ayat 6:-

Allah berfirman "Wahai orang-orang yg beriman! Jika seseorang fasik datang
kepaamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak
mencelakakan suatu kaum, kerana kebodohan(kecerobohan), yg akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"



  • Seterusnya,mereka (Puak Ahbash) kata :-
"Asri mendakwa Nabi Ibrahim mencari-cari Tuhannya dan Asri menganggap nabi Ibrahim adalah WATAK dalam hal seorang yang sentiasa mencari-cari tuhan, diletakan sebagai objek dan pelbagai lagi. Asri mengambarkan seolah-olah Nabi Ibrahim berakidah bintang itu adalah tuhannya kemudian bulan pula tuhannya dan setelah itu matahari pula tuhannya."

Saya ingin bertanya kepada mereka (puak Ahbash), benarkah Dr MAZA berkata Nabi Ibrahim sebegitu rupa????

Dalam Al-Quran, Surah Al-An'am, ayat 76-80, Allah mengisahkan kepada kita 'Bagaimana cara Nabi Ibrahim berdakwah kepada kaum musyrik'....Bukalah Al-Quran!!! TADABBURLAH AL-QURAN!!!!


Disini saya sertakan ayat 76-80 dari Surah Al-An'am untuk kita baca bersama..


Allah berfirman:

76- Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata, "Inilah tuhanku". Maka ketika bintang itu terbenam,dia(Ibrahim bekata, "Aku tidak suka kepada yg terbenam."

77- Lalu ketika dia melihat bulan terbit dia (Ibrahim) berkata,"Inilah Tuhanku". Tetapi ketika bulan itu terbenam, dia (Ibrahim) berkata "Sesungguhnya, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk dalam golongan orang-orang yg sesat"


78- Kemudian ketika dia (Ibrahim) melihat matahari terbit, dia (Ibrahim) berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar." Tetapi ketika matahari terbenam, dia (Ibrahim) berkata, "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan"



79- Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yg menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yg benar, dan aku (Ibrahim) bukanlah termasuk orang-orang musyrik



80- Dan kaumnya membantahnya. Dia (Ibrahim) berkata, "Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal Dia (Allah) benar-benar telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada (malapetaka dari) apa yang kamu persekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku (Allah) mengkehendaki sesuatu. Ilmu Tuhanku (Allah) meliputi segala sesuatu. Tidakkah kamu dapat mengambil pengajaran?

ADAKAH INI YG DIPERTIKAIKAN OLEH AHBASH??????!!!!!

  • Seterusnya, berkaitan Allah ber istiwa' di atas Arasy..
Dalam Surah As-Sajdah, ayat 4, Allah berfirman

"Allah yg menciptakan langit dan bumi dan apa yg ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia ber-istiwa' di atas Arasy. Bagimu tidak ada seorang pun penolongmahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"


Inikah yg dipersoalkan oleh Ahbash??? Sekali lagi penulis nyatakan,INI ADALAH PETIKAN DARI AL-QURAN!!






  • KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN SAHABAT-SAHABAT..KITA PERLU ADIL DALAM SEMUA PERKARA.
  • JANGAN KERANA KITA TIDAK SUKAKAN SESEORANG MENYEBABKAN KITA TIDAK BERLAKU ADIL...
  • JANGAN KERANA SESEORANG ITU TIDAK SEPENDAPAT DENGAN KITA, KITA MENGHUKUM ORANG ITU KAFIR.
  • DIDALAM SURAH AL-MAIDAH, AYAT 8..
Allah berfirman "Wahai orang-oramg yg beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (dan ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil-lah, kerana adil itu lebih dekat dengan takwa"


"Berkejarlah kamu untuk membuat kebaikan, (kerana) kepada Allah kita akan kembali"

Wallahua'lam....(Allah jugalah yg lebih mengetahui)

-Mujahidin Pro-T-


Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara