Ayat di Alam Semesta

Salah satu maksud ayat dalam bahasa arab ialah tanda atau bukti.Justeru ,selepas penguasaan ayat al-quran,ayat kedua yang perlu dikuasai adalah ayat-ayat yg tersembunyi di alam semesta.Ayat-ayat ini adalah tanda serta bukti mengenai kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta.Bagi mencapai tujuan ini,umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik.Inilah yang tersirat disebalik kata-kata Allah yg terdapat dalam surah al-Ghashiyah ayat 17 hingga 20 yang bermaksud "Apakah mereka tidak melihat pada unta bagaimana ia diciptakan.Dan langit bagaimana ia ditinggikan.Dan gunun-ganang bagaimana ia ditegakkan.Dan bumi bagaimana ia dihamparkan."

Pengkajian mengenai rahsia-rahsia alam memerlukan akal yang tajam lagi kritis. Berhubung dengan ini dalam surah al-mukminun ayat 80,Allah menyatakan,"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah yang(mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?"

Ilmu yang diperoleh dari kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan kepada Allah sekaligus menigkatkan pengabdian kepada-Nya.Berhubung dengan ini, Imam Ibn Kathir dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim berkata, "Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar pada paksinya tanpa henti,kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian dia memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang diatasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir, disamping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti mengenai kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana."

Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan dia mengelar sebagai Ulul albab. Dalam surah Ali Imran ayat 190 hingga 191.Allah menjelaskan yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah dan berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaringdan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, 'Wahai tuhan kami,Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka'."

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir.Dalam konteks fikir,mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah dikategorikan sebagai golongan Ulul Albab.



-Petikan dari buku "Quran Saintifik-Meneroka kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains" karangan Dr Danial Zainal Abidin-



Wallahu'alam...

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Bersalaman dan Aurat dengan Kakak/Abang Ipar

Terima kasih atau Jazakallah Khairan....

Menjernihkan Pencemaran Iklim Politik Negara